~WeLCoMe...~


Monday, April 12, 2010

Nasib Harimau Malaya.....




Pagi tadi, saya menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Ada satu topik yang amat penting dibincangkan iaitu mengenai Harimau Malaya yang semakin diancam kepupusan. Bilangan yang dianggarkan kini hanya tinggal hanya 500 ekor di Malaysia!! Bilangan yang ditunjukkan ini amat-amat menyedihkan...

Harimau...
Satu ketika dahulu, terdapat 9 sub-spesies harimau, namun 3 telah pupus. Dalam tempoh seabad yang lalu, bilangan harimau di seluruh dunia telah menurun dari 100,000 ekor ke 5,000 ekor sahaja; sebanyak 95% harimau telah pupus!!!

Punca-punca kepupusan Harimau Malaya:
  • Harimau diancam oleh kehilangan habitat dan mangsa, pemburuan haram serta perdagangan.
  • Ia diburu kerana tanggapan sesetengah pihak bahawa dengan memakan daging atau mengambil ubatan traditional yang dihasilkan daripada bahagian-bahagian badan harimau akan membuatkan mereka lebih kuat dan sihat.
  • Bahagian badan lain seperti gigi, kuku dan kulit pula disimpan sebagai barang ajaib ataupun perhiasan.
  • Manusia turut bersaing dengan harimau untuk memburu spesies mangsa seperti rusa dan Babi Hutan. Akibat kekurangan mangsa, harimau terpaksa menyerang lembu dan ternakan lain sebagai makanan mereka.
  • Selain itu, aktiviti perhutanan dan menggondolkan kawasan tanah tinggi secara haram memaksa haiwan yang hidup bersendirian itu keluar dari habitat mereka.
  • Ini adalah konflik manusia-harimau. Kesannya, harimau mungkin dibunuh oleh penternak yang berang atau ditangkap oleh pihak berkuasa dan dihantar ke zoo untuk dikurung seumur hidupnya.


Kini, sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama berusaha menyelamatkan harimau ini daripada terus diancam kepupusan...

No comments:

Post a Comment