~WeLCoMe...~


Sunday, March 28, 2010

~turtle~~

ANAK PENYU BETINA...lagi!!!

suhu yang panas menetaskan anak penyu betina....ini bermakna kurangnya penyu jantan untuk mensenyawakan telur....

berdiri teguhlah dan perangi perubahan iklim....daftar sekarang di www.ehm.my dan berikrar untuk memadamkan lampu anda....

8.30 malam Sabtu 27 Mac 2010....

(artikel ini dipetik daripada akhbar berita harian)

pada pndapat kami, suhu yg panas skrg ni sememangnya mempengaruhi jantina anak penyu yang bakal menetas.... oleh sebab cuaca yang panas, telur2 penyu ini lebih cenderung utk menghasilkan anak-anak penyu betina...dengan adanya banyak anak2 penyu betina, ini akan mengurangkan anak-anak penyu jantan dan secara tidak langsung mengurangkan kadar persenyawaan....

kurangnya kadar persenyawaan ini akan mengakibatkan, kurangnya generasi penyu yang bakal dihasilkan...seperti yang kita ketahui, penyu adalah binatang yang diancam kepupusan... jika hal ini tidak dibendung, maka pupuslah hidupan laut ini dari muka bumi kita....

kita dapat lihat, semua ini mempunyai kaitan antara satu sama lain....kita, manusia, haiwan, tumbuhan saling memerlukan antara satu sama lain....oleh itu, sama-samalah kita menyokong EARTH HOUR!!!....selamatkan bumi kita....sayangilah bumi kita....

KITA TIDAK MEWARISI BUMI KITA INI DARIPADA NENEK MOYANG KITA...TETAPI SEBALIKNYA KITA HANYA MEMINJAMNYA DARIPADA ANK CUCU KITA....

DUNIA BERGELAP.....

27 Mac 2010 adalah hari yang amat bermakna untuk bumi iaitu Earth Hour. Apa yang anda tahu tentang Earth Hour??

Tepat jam 8.30 malam (27 Mac 2010) seluruh dunia bergelap. Semua lampu dipadamkan selama sejam. Malaysia juga tidak ketinggalan menyertai kempen sejagat menyelamatkan bumi iaitu selama sejam bagi menyatakan sokongan terhadap misi menangani perubahan cuaca akibat pemanasan global...Anda bagaimana?? Turut serta bergelap selama sejam?? Kalau ya, bagus la....=)

Sana-sini kita sering terdengar mengenai isu perubahan iklim akibat fenomena pemanasan global. Hari ini juga kita sendiri dapat merasakan perubahan cuaca dunia yang semakin panas dan tidak menentu.. tidak kira siang ataupun malam...panas....panas.... Hujan, ribut dan banjir juga sering melanda. Namun apakah sumbangan kita sebagai penduduk bumi bagi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida, penyebab utama fenomena pemanasan global ini??

Sebenarnya sesiapa saja boleh membantu mengurangkan pelepasan gas tersebut. Malah banyak perkara yang mudah dilakukan dalam kehidupan harian seperti mengurangkan penggunaan atau mematikan terus peralatan elektrik yang tidak diperlukan atau penggunaan mentol jenis jimat tenaga serta lain-lain sumber tenaga yang lebih bersih....

Pemanasan global berlaku apabila gas seperti karbon dioksida dan CFC terkumpul di ruang atmosfera lalu menipiskan lapisan pelindung ozon. Kajian membuktikan lapisan ozon makin menipis dan tidak mampu lagi menapis sinaran ultra ungu berbahaya hingga mengakibatkan suhu dunia meningkat.

Kesan perubahan cuaca dunia terutama faktor suhu panas mewujudkan cuaca melampau malah di sesetengah tempat bercelaru. Malah, ketulan ais atau glasier di Antartika dan Artik mencair hingga mengakibatkan paras air laut meningkat.

Apakah keadaan ini mahu dibiarkan berterusan??
Apakah dunia akhirnya musnah kesan perbuatan manusia sendiri??

Oleh itu, marilah kita semua bersama-sama menyelamatkan bumi kita.....=)

Earth Hour: Utusan-28 Mac 2010

DUNIA BERGELAP SAMBUT EARTH HOUR



SYDNEY 27 Mac – Mercu tanda global bermula dari Sydney Opera House, Kota Larangan dan Las Vegas Strip akan bergelap malam ini ketika aktivis mempromosikan kembali usaha menentang perubahan iklim

Beratus-ratus juta buah kediaman di bandar-bandar besar di 125 buah negara akan menyertai program bergelap Earth Hour selama sejam ini, yang diadakan selepas beberapa bulan mesyuarat perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copenhagen yang mengecewakan.

Struktur terkenal seperti Empire State Building dan piramid di Mesir akan menuruti permintaan kumpulan pemeliharaan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk menutup lampu atas nama alam sekitar, seterusnya mencipta gelombang kegelapan di seluruh dunia.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyifatkan kempen yang masuk tahun keempat itu sebagai ‘amaran dan cahaya harapan’.

“Perubahan iklim adalah kebimbangan kita semua. Penyelesaiannya ada pada kita dan sedia untuk dilaksanakan oleh individu, komuniti, perniagaan dan kerajaan di seluruh dunia,” ujar beliau lagi.

Opera House dan Harbour Bridge adalah yang mula sekali bergelap pada 8.30 malam ini (pukul 5.30 petang ini waktu Malaysia) diikuti jutaan rumah di Australia.

Ia akan diikuti negara-negara lain pada waktu tempatan masing-masing dengan melalui Asia, Asia Barat, Eropah, Afrika dan Amerika selain disertai 1,200 mercu tanda

Sementara itu, Kuala Lumpur tidak ketinggalan untuk menyahut seruan Earth Hour dengan kebanyakan bangunan pencakar langit yang biasanya bergemerlapan pada waktu malam, mematikan lampu selama sejam.

~kosmo 28 mac 2010~


Radiasi 1,000mG tidak berbahaya - TNB

SABAK BERNAM - Pendedahan kepada radiasi gelombang elektromagnetik (EMF) di bawah tahap 1000 milliGauss (mG) tidak membawa kesan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia, kata Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Naib Presiden TNB (Penghantaran), Rozimi Remeli berkata, seseorang itu berkemungkinan mengalami kesan sampingan sekiranya terdedah EMF secara berterusan 24 jam pada kadar melebihi 1000mG.

Katanya, persepsi yang mengatakan bahawa sinaran EMF boleh menyebabkan penyakit seperti kanser adalah disebabkan kurang pemahaman mengenai EMF.

Menurutnya, kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan sekiranya seseorang itu sentiasa terdedah kepada radiasi atau sinaran EMF melebih 1000mG, kemungkinan orang itu terdedah kepada kesan sampingan.

Tuesday, March 23, 2010

~KOSMO 23 MARCH 2010...~


Ribut pasir landa China...

BEIJING - Ribut pasir yang melanda seluruh China semalam menyebabkan sejumlah bandar-bandar diselubungi pasir dan batu halus sekali gus mengancam kesihatan penduduk.

Kejadian itu merupakan kesan terbaru akibat pembersihan hutan, pembangunan dan kemarau yang berlaku di bahagian utara serta barat China.

Angin bertiup dari barat laut negara itu dengan membawa pasir ke seluruh China sejak Sabtu lepas sekali gus menjejaskan penduduk di Xinjiang dan Beijing.

Sebuah lapangan terbang di Pulau Matsu, Taiwan menggantung perkhidmatan kelmarin akibat jarak penglihatan yang kabur ekoran ribut pasir.

Di Hong Kong, pegawai-pegawai berkata, seramai 20 orang terpaksa mendapatkan rawatan perubatan kerana masalah kesihatan. - AP

~melerai...~

Tahukah anda berapa lamakah masa yang diperlukan untuk melerai sampah-sarap
ini?



Kertas (2-5 tahun)
Kotak susu (5 tahun)
Kulit oren (6 bulan)
Kasut kulit (24-40 tahun)
Puntung rokok (10-12 tahun)
Bungkusan Plastik (10-20 tahun)
Aluminium (80-100 tahun)
Pinggan plastik (50-80 tahun)
Bekas Polystyrene (Tidak Mungkin)

FIKIR-FIKIRKANLAH....~~

~~3R~~

Mengamalkan Amalan Konsep 3R

Populasi penduduk di bumi semakin bertambah. Demi memenuhi keperluan untuk barangan
pengguna, barang-barang yang dihasilkan dalam industri pembuatan semakin meningkat. Banyak sumber asli diperlukan dalam industri pembinaan. Secara tidak langsung, ini telah menghasilkan banyak sampah-sarap. Sampah-sarap ini akan mencemarkan alam sekitar. Demi mengatasi masalah ini, kita perlu mengamalkan amalan Konsep 3R.


Kurangkan (Reduce)
Kita boleh mengurangkan pembuangan sampah- sarap di bumi dengan mengurangkan pembelian khasnya barangan yang tidak diperlukan. Ini termasuk:

- Membeli barangan yang tahan lama
- Membawa sendiri bekas makanan dan beg apabila membeli-belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.
- Peringatan: Membeli mengikut keperluaan dan jangan membazir.


Guna Semula (Reuse)
Guna semula barang lama dengan membaikinya atau mendermakannya

- Pakaian lama boleh dijadikan kain pengelap.
- Jangan buang barang yang masih boleh digunakan, derma barang yang anda tidak perlukan kepada badan kebajikan.
- Dengan mengikut amalan ini, anda akan memulihara sumber semulajadi bumi dan mengurangkan penghasilan sampah.


Kitar Semula (Recycle)
Kitar semula adalah proses mengasingkan sampah dan memprosesnya kepada bahan yang baru yang sama atau berbeza jenis. Mengkitar semula merupakan satu amalan hidup yang baik kerana kita kurang menggunakan sumber semulajadi untuk menghasilkan barang baru. Bahan bahan yang boleh dikitar semula adalah seperti:

- Kaca (botol, gelas)
- Aluminium (tin minuman ringan)
- Kertas (suratkhabar, buku dan majalah lama)
- Plastik (botol mineral)
- Besi (Besi keluli)
- Getah (Tayar)


Sumber fakta: MNS sahabathutanbakau.org.my

Sunday, March 21, 2010

....kelip-kelip....





Pada 14 mac 2010 lalu, kami telah pergi ke Kampung Kuantan yang terletak di daerah Kuala Selangor. Kampung Kuantan ini amat istimewa kerana merupakan salah satu tempat di mana kita boleh tengok kelip-kelip yang menghasilkan cahaya. Sebelum kami boleh menaiki sampan untuk melihat kelip-kelip, kami harus menunggu giliran di jetty yang disediakan.





Pengalaman pertama dapat melihat kelip-kelip ini amat mengagumkan. Kami menaiki sampan di sepanjang tebing sungai untuk melihat ribuan kelip-kelip berkumpul di kawasan paya bakau yang luas ini, terutamanya berhampiran pohon-pohon Berembang. Serangga ini tidak merbahaya sama sekali.



Daripada maklumat yang kami perolehi, terdapat beberapa tempat sahaja di dunia ini untuk melihat kelip-kelip yang menghasilkan cahaya iaitu di India Timur dan Asia Tenggara, Filiphina dan Papua New Guinea. Di daerah Kuala Selangor, kelip-kelip boleh dijumpai di dua kawasan, iaitu di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing. Serangga kelip-kelip yang dominan dijumpai di Kuala Selangor adalah daripada spesis Pteroptyx Tener. Biasanya, ia dijumpai dalam bilangan yang banyak mencecah angka ribu.

Kelip-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya. Nama famili bagi kelip-kelip ialah Lampyridae. Jangka hidup kelip-kelip di sini adalah lebih kurang 30hari sahaja. Kitar hidup kelip-kelip bermula dari telur kepada larva dan dari larva bertukar menjadi pupa dan akhirnya menjadi kelip-kelip dewasa. Larva kelip-kelip boleh hidup tanah atau air. Larva mempunyai mandibles beracun yang menjadi organ pertahanan dan alat membantu mencari makanan (mangsa). Makanan larva adalah nematod, copepod dan larva midge. Ia akan megeluarkan bendalir beracun yang akan membunuh mangsa dan menjadikannya separa cecair. Kelip-kelip dewasa boleh hidup tanpa makan sehingga lebih kurang 30 hari. Makanan utama kelip-kelip adalah daun tumbuh-tumbuhan.

Jatina kelip-kelip mudah dibezakan melalui organ pengcahaya yang terletak di bahagian abdomen. Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya, kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk 'memanaskan badan' (warm up) sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu, kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.

Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama dan menarik. Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan daun.

Kajian mendapati, kelip-kelip di sekitar Kuala Selangor akan pupus dalam jangka masa 10 tahun lagi jika tiada tindakan pemuliharaan yang cekap. Oleh itu, kita haruslah bersama-sama menjaga populasi kelip-kelip di negara kita ini agar generasi yang akan mendatang dapat melihat keunikan kelip-kelip yang terdapat di negara kita.

Tahukah anda?

~Kelip-kelip betina kurang keupayaan untuk terbang.
~Buah Barembang boleh dimakan tetapi berasa pahit.
~Jika 6000 ekor kelip-kelip dimasukkan dalam satu botol kaca, kecerahan cahaya yang dihasilkan seakan sebatang lilin.
~Kelip-kelip dapat menukar 100% tenaganya kepada cahaya. Manakala mentol hanya menukar 10% daripada tenaga elektrik kepada cahaya! 90% tenaga dibazirkan sebagai haba.


Pengalaman melihat kelip-kelip buat pertama kali ini pasti tidak dapat dilupakan!!!

Friday, March 19, 2010

~kosmo 19 march 2010~




Penggunaan lampu pijar dihenti~~

PUTRAJAYA - Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga di samping mengurangkan penghasilan bahan karbon.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, dengan pelaksanaan dasar tersebut, penggunaan tenaga elektrik negara dapat dijimatkan sebanyak RM336 juta setahun dan pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

Penggantian lampu tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat selama tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar yang mengeluarkan cahaya kekuningan tersebut tidak akan dijual mulai 2014.

"Pengguna digalakkan menggunakan lampu yang lebih cekap tenaga seperti lampu kalimantang kompak, lampu kalimantang silinder dan lampu dioda," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Peter Chin berkata, pelaksanaan dasar tersebut akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pertama, menghentikan secara berperingkat-peringkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 watt dan ke atas dalam tempoh satu tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2011.

[pada pndapat kami,tindakan ni wajar dilaksanakan demi menjimatkan penggunaan tenaga dan mengurangkan penghasilkan karbon...diharapkan kita sbgai rakyat malaysia menyambut baik tindakan ini dan sama-sama melaksanakannya...sayangilah bumi kita...]

Sunday, March 14, 2010

~did you know???~

1. THE TICK IS NOT AN INSECT. ITS BODY HAS ONLY 2 MAIN PARTS AND THE ADULTS HAVE 8 LEGS...

2. ONLY FEMALE MOSQUITOES SUCK BLOOD. THEY NEED BLOOD FOR THEIR EGGS. OTHER FEMALE MOSQUITOES AND ALL THE MALES FEED ON NECTAR...

3. INSECTS THAT LIVE TOGETHER USE SMELLS AND SIGNS TO TELL ONE ANOTHER THINGS LIKE WHERE THEY HAVE FOUND FOOD OR THAT AN ENEMY IS NEAR...

4. MOST BUTTERFLIES CAN LIVE FOR A FEW MONTHS...

INTERESTING???

~katak & kodok~=)

TAHUKAH ANDA???

1. KATAK DAN KODOK AKAN MENJELMA MENJADI DEWASA MELALUI PROSES YANG DIKENALI SEBAGAI METAMORFOSIS...

2. KATAK MEMPUNYAI MATA YANG BESAR DI PERMUKAAN ATAS KEPALANYA SUPAYA IA DAPAT MELIHAT DI ATAS PARAS AIR...

3. TERDAPAT LEBIH DARIPADA 150 JENIS KATAK DAN KODOK DI MALAYSIA...

4. KEBANYAKAN DARIPADA TENAGA KATAK JANTAN DIGUNAKAN UNTUK MENGUAK...

5. KODOK PURU MEMPUNYAI SEJENIS BENDALIR BERBISA PADA KULITNYA...

6. BERUDU KATAK BATU MEMPUNYAI PELEKAP UNTUK MENGHALANGNYA DARIPADA DIHANYUTKAN ARUS DERAS...

7. SESETENGAH KATAK BERUPAYA UNTUK MELOMPAT LEBIH DARIPADA 10 KALI KETINGGIANNYA DAN 20 KALI PANJANG BADANNYA...

8. KATAK BOLEH BERNAFAS DI DALAM AIR...

~selangor no plastic bag day every saturday...~







SELANGOR NO PLASTIC BAG DAY EVERY SATURDAY~~~

my fren n i went to kuala selangor yesterday, 13rd march 2010...=)
we found smthing interesting and so excited to share to all of u...one of the mini mart in the area of pekan kuala selangor had done a cmpaign to reduce the use of plastic bag in that mini mart...this is under the kerajaan negeri selangor programme....how nice...=)

there were no plastic bags supplied if customers came n bought goodies or food in that mini mart every saturday...if the customers really need the plastic bags, they have to buy the plastic bags for 20cent each...how interesting...we never saw smthing like this before or at any state in malaysia done a campaign like this...=)
we think, this campign should be spreaded all over this country... to make sure and reduce the use of plastic...

Saturday, March 13, 2010

HUTAN HUJAN TROPIKA





Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam semulajadinya. Hutan adalah salah satu daripada sumber alamnya. Ia dikenali sebagai Hutan Hujan Tropika. Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah hutan yang tertua di dunia yang mana ia hanya boleh ditemui di kawasan Khatulistiwa. Hutan hujan tropika adalah satu khazanah yang berharga kerana menyokong kepelbagaian organisma hidup yang terbesar di atas Bumi.

Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan. Di Sarawak pula, 70% daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Ia menempatkan lebih daripada 8000 spesies flora dan 20000 spesies fauna.

Hutan memainkan peranan yang penting dalam menjaga nilai kehidupan alam sejagat dan sebagai sumber spesimen biologi yang baharu dan sebagai habitat bagi berbagai variasi flora dan fauna.

Oleh itu, kita haruslah menjaga hutan kita agar kepelbagaian organisma yang ada ini terpeliharan....

Why is Biodiversity important?

Why is Biodiversity important? Does it really matter if there aren’t so many species?

Biodiversity boosts ecosystem productivity where each species, no matter how small, all have an important role to play.

For example, a larger number of plant species means a greater variety of crops; greater species diversity ensures natural sustainability for all life forms; and healthy ecosystems can better withstand and recover from a variety of disasters.

And so, while we dominate this planet, we still need to preserve the diversity in wildlife.

what do you think ???

Malayan Tiger....



Malayan tiger atau harimau belang di Semenanjung Malaysia semakin mengecil dan kini dikategorikan sebagai bahaya kepupusan (endangered).Harimau Belang boleh ditemui di selatan China, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia dan timur Myanmar. Di Semenanjung Malaysia spesies Hariamu Belang kebanyakannya terdapat di hutan tebal negeri Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Oleh itu,kita semua perlu melakukan sesuatu sebelum spesies ini mengalami kepupusan. Populasi harimau liar di negara menjunam daripada anggaran 3,000 pada dekad 1950-an kepada hanya antara 350 dan 400 pada tahun-tahun 1990an.

Ciri-ciri:
Ciri yang paling ketara adalah warna bulunya iaitu berbelang kuning dan hitam. Ia juga dikenali sebagai raja di rimba. Panjang keseluruhan spesies ini adalah di antara 1.5-2.9 m dan mempunyai berat badan di antara 25- 160 kg.

Tahukah anda??
Harimau Belang merupakan haiwan yang solitari dan hanya akan mencari pasangannya ketika musim mengawan. Harimau betina biasanya bergerak di dalam kumpulan keluarga. Anak-anak harimau belang ini akan berpisah dengan ibunya setelah berumur lebih kurang dua tahun. Kegemaran spesies adalah mandi dan bermain-main di dalam air.

Thursday, March 11, 2010

~flash forward~

i've watch "flash forward" drama series..it's about the time & all people, animals over the world STOP @ FAITH @ SLEEP for about 2 minutes something if i'm not mistaken. after that,all of them woke up & dont realized anything...they thought they had a bad dream...the phenomenon was called "flash forward"....

everyone of them have the flash forward which mean that they can see their future...one person tried to investigate what actually happen during the flash forward...he found that, the flash forward had happen before..long time ago...in africa...at that time, all birds fall from the sky...ao, i think dis KOSMO article might have related to that phenomenon..[although it's just a drama...=)]

Misteri ratusan burung jatuh dari langit...




BATH, England - Pada Ahad lalu, satu kejadian seperti dalam filem seram Hitchcock's The Birds berlaku di sini.

Kejadian itu berlaku apabila lebih 100 ekor burung perling jatuh dari langit di luar taman sebuah rumah di Somerset, barat England.

Bangkai-bangkai burung itu bertaburan dengan setiap seekor mempunyai kesan darah meleleh daripada paruh masing-masing manakala kuku haiwan tersebut kelihatan mencengkam seperti berada dalam kesakitan.

Enam ekor didapati masih bernyawa namun sebahagian besarnya ditemui mati dan menggelupur lemah menahan kesakitan.

Menurut pemilik rumah itu, Julie Knight, dia baru pulang ke kediamannya yang terletak di sebuah desa terpencil Coxley pada pukul 4.15 petang apabila melihat pemandangan mengerikan itu.Seorang jiran wanita itu memberitahu, dia melihat langit seperti dihujani burung tersebut jatuh ke tanah.

"Kami menghubungi Persatuan Perlindungan Penganiayaan Haiwan Diraja British manakala pegawai-pegawai kebajikan haiwan mengutip beberapa ekor burung itu untuk dimasukkan ke dalam sangkar." kata Julie kepada sebuah akhbar yang menyiarkan ceritanya semalam.- Agensi

Is this possible???

~kosmo 11 march 2010~~


Gempa anjak bandar-bandar di Chile~~

SANTIAGO - Kesan gempa bumi dahsyat yang berpusat dekat Maule di Chile pada akhir bulan lalu telah menyebabkan keseluruhan bandar raya Concepcion yang paling teruk terjejas berganjak sekurang-kurangnya 304.8 sentimeter (sm) ke arah barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Gempa bumi yang berlaku pada 27 Februari lalu dengan kekuatan 8.8 pada skala Richter turut menganjakkan beberapa bahagian lain di benua Amerika Selatan termasuk kepulauan Falkland di Lautan Atlantik dan Fortaleza di Brazil.

Grafik yang dilakar saintis-saintis antarabangsa menerusi Projek Sistem Kedudukan Global (GPS) Banjaran Andes Selatan dan Tengah menunjukkan perbandingan secara tepat sebelum dan selepas 10 hari kejadian itu berlaku.

Kejadian itu menyebabkan ibu negara Chile, Santiago berganjak hampir 28 sentimeter ke barat daya manakala ibu negara Argentina, Buenos Aires terletak 1,287 kilometer dari bandar raya Concepcion berganjak 2.5 sentimeter.

Agensi kajian geologi Amerika Syarikat melaporkan lebih sedozen gegaran susulan dikesan selepas gempa tersebut dengan ukuran 6.0 pada skala Richter manakala sehingga kini jumlah rasmi mangsa korban lebih 800 orang dan dua juta hilang tempat kediaman.

Gempa itu dipercayai kelima paling kuat di dunia. - Agensi

what do u think????~~
kesan gempa bumi yg kuat...

Sunday, March 7, 2010

...PENYU oh PENYU....

Penyu termasuk di dalam spesies yang terancam dan sedang mengalami penurunan populasi yang serius. Ancaman kepada penyu ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu ancaman semulajadi dan ancaman manusia. Terdapat 7 spesies penyu di dunia pada masa ini dan empat daripadanya mendarat di pantai-pantai di Malaysia. Empat spesies penyu tersebut ialah :


• Penyu Belimbing (Leatherback Turtle)
• Penyu Agar (Green Turtle)
• Penyu Karah (Hawksbill Turtle)
• Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle)



1. Penyu Belimbing







Nama Inggeris: Leatherback Turtle
Nama saintifik: Dermochelys coriacea

Biologi :

• Penyu ini adalah spesis penyu yang terbesar antara penyu yang terdapat di dunia. Saiz badannya boleh mencapai sehingga 2m dan beratnya melebihi 500kg. Badannya ditutupi cengkerang yang mempunyai 7 jaluran yang menyerupai buah belimbing.
• Warna badannya adalah kehitaman dan berbintik-bintik putih.
• Bahagian atas mulutnya yang melengkung untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya dan hidupan laut lembut yang lain.
• Musim bertelurnya antara Mei-Ogos. Ia menghasilkan antara 60-120 biji telur bagi setiap peneluran. Telurnya bulat dengan kulit yang lembik dan bergaris pusat 5-6.5cm. Di Malaysia penyu Belimbing hanya terdapat di negeri Terengganu dan Pahang sahaja.
• Purata kekerapan pendaratan dalam semusim penyu ini adalah 1-7 kali semusim dengan selang antara pendaratan selama 10 hari.
• Tempoh pengeraman adalah 50-60 hari.

2. Penyu Agar



Nama Inggeris: Green Turtle
Nama saintifik: Chelonia mydas

Biologi :

• Juga dikenali sebagai ‘penyu hijau’ disebabkan kandungan lemak badannya berwarna hijau.
• Warna badannya adalah coklat tua atau kehitam-hitaman. Hanya penyu ini mempunyai satu kuku di kaki renang hadapannya.
• Saiz badannya adalah antara 1-2m dan beratnya boleh mencapai 270kg.
• Makanan utama penyu ini adalah rumpai laut dan rumpair.
• Musim bertelurnya adalah antara bulan April-September dan ia menghasilkan antara 80-140 biji telur bagi setiap peneluran. Telurnya bulat dengan kulit lembik dan bergaris pusat 3-4cm
• Penyu ini boleh mendarat sehingga 9 kali peneluran dalam semusim dan selang antara pendaratan adalah 10-12hari.
• Tempoh pengeraman adalah 45-65 hari bergantung kepada suhu sarang.
• Penyu ini terdapat di kebanyakan negeri di Malaysia kecuali Kelantan,Negeri Sembilan,Selangor dan Perlis.

3. Penyu Karah



Nama Inggeris: Hawksbill Turtle
Nama saintifik: Eretmochelys imbricata
Biologi :

• Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ia senang dikenali dengan susunan kulit badannya yang bertindih menampakkan seperti bersisik dan berwarna coklat tua atau kuning dan coklat.
• Bentuk mulutnya menyerupai paruh burung helang.
• Saiz badannya sederhana dan saiz cengkerangnya antara 70-90cm. Berat badannya boleh mencapai sehingga 75kg.
• Ia memakan karangan lembut dan span yang banyak terdapat di kawasan terumbu karang.
• Musim bertelurnya adalah antara bulan Mac-Jun dengan jumlah telur sebanyak 90-120biji. Telurnya bulat,kulit yang lembik dengan garis pusat 2.5-3.5cm
• Penyu ini terdapat di Terengganu,Melaka,Pahang,Johor,Sabah dan Sarawak.

4. Penyu Lipas




Nama Inggeris: Olive Ridley Turtle
Nama Saintifik: Lepidochelys olivacea

Biologi :
• Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil antara semua jenis penyu yang terdapat di dunia.
• Purata saiz badannya adalah antara 50-70sm panjang dengan berat badannya antara 30-60kg. • Warna badannya gelap atau hijau tua buah zaitun.
• Makanannya adalah ketam,udang dan kerang-kerangan kecil.
• Musim bertelurnya adalah antara bulan Mac-Jun dengan jumlah telur antara 90-130biji. Telurnya bulat,kulit yang lembik dengan garis pusat 2.5-3.5cm
• Penyu ini terdapat di Terengganu,Pahang,Penang dan sedikit di sabah dan Sarawak.

CIRI-CIRI FIZIKAL DAN BIOLOGI PENYU

• PENDENGARAN – tulang tunggal di dalam telinga untuk mengesan gegaran bunyi
• PENGLIHATAN – Melihat dengan jelas di dalam air tapi rabun jauh semasa di daratan
• BERNAFAS UDARA – P.Belimbing boleh menyelam hingga lebih 100meter untuk cari obor-obor. P.Agar boleh menyelam hingga 5 jam, P. Karah hanya 35 – 45 minit.
• PERILAKU SOSIAL – Penyu berkumpul untuk mengawan dan sesetengahnya berhijrah ke kawasan bertelur. Sebaliknya anak penyu akan hidup bersendirian hingga matang.
• Penyu jantan dan betina tidak boleh dibezakan secara luaran hingga mereka mencapai kematangan. Penyu jantan akan mempunyai ekor yang lebih panjang & besar
• P. Belimbing adalah penyu terbesar. Rekod terbesar pernah ditemui – seberat 916 kg
• Hanya penyu betina naik ke pantai untuk bertelur. Sebaik sahaja bertelur, ibu penyu akan meninggalkan sarang buat selama-lamanya.
• Bertelur purata 5-8 kali semusim (selang masa 2 minggu setiap peneluran)
• Mengambil masa 20 – 50 tahun untuk matang
• Hanya seekor daripada 1000 – 5000 tetasan diramal berjaya hidup ke peringkat matang.

TAHUKAH ANDA???

Telur penyu yang terhasil akan ditinggalkan tanpa jagaan. Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu dipengaruhi oleh suhu pasir. Pada suhu yang melebihi 29 darjah selsius, banyak anak-anak penyu betina akan terhasil. Sebaliknya, pada suhu kurang daripada 29 darjah selsius, kebanyakan anak penyu yang menetas adalah penyu jantan. Telur penyu akan menetas selepas 7 - 12 minggu dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman (ia itu jumlah sinaran matahari dan suhu pasir.) Bagaimanapun, sekiranya suhu dalam pasir terlampau panas, ini akan membunuh anak penyu yang belum menetas itu.


Saturday, March 6, 2010

badak sumatera~~

last week, i read the utusan malayu (the Jawi wrtting newspaper)...

it's mentioned 'bout badak sumatera if i'm not mistaken....
the badak sumatera in indonesia named RATU ws going to give birth....
hmmm...for me, that sound good...=)

~Kosmo 6Mac 2010~~


Pantai California dipenuhi buih


LOS ANGELES - Pantai-pantai di California, Amerika Syarikat (AS), termasuk pantai Hollywood dipenuhi dengan buih yang berikutan gempa bumi pada 8.8 skala Richter yang melanda Chile pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gabungan cuaca dan kondisi laut yang luar biasa ditambah dengan ombak-ombak besar dilihat menjadi punca kepada fenomena tersebut.

Menurut satu kaji selidik saintifik, buih laut itu terdiri daripada protein dan molekul lemak yang terhasil akibat kemusnahan hidupan mikroskopik laut.

Hidupan laut yang dikenali sebagai phaeocystis itu membentuk koloni besar di dalam air.

Buih itu terbentuk apabila angin membawa saki-baki koloni tersebut yang mereput dan menghanyutkannya ke pantai.

Pencemaran itu memberi kesan ke atas buih laut berikutan terlalu banyak nutrien di dalam air menyebabkan pembentukan koloni phaeocystis yang lebih besar.

Gempa bumi di Chile mengakibatkan tsunami yang memusnahkan bandar-bandar di pesisiran pantai.

Tsunami yang berlaku akibat gempa bumi mungkin menyebabkan kebanyakan buih laut berkumpul di Lautan Pasifik sebelum angin kuat meniupnya ke pantai-pantai di California. - Agensi