~WeLCoMe...~


Thursday, April 1, 2010

~kosmo 1 april 2010...~


Katak beri amaran gempa bumi....


PARIS - Sejak berkurun dahulu, manusia berusaha mencari alat yang dapat memberi amaran awal sebelum gempa bumi berlaku.

Usaha itu mungkin berbaloi apabila satu kajian mendapati sejenis katak kecil berwarna coklat mampu meramalkan bila gempa bumi akan terjadi.

Hasil kajian yang dilakukan oleh seorang ahli biologi Britain, Rachel Grant mendapati katak itu yang dikenali sebagai Bufo-bufo jantan memberi amaran awal lima hari mengenai gempa bumi yang telah memusnahkan bandar L'Aquila di tengah Itali pada 6 April, 2009 dengan menyebabkan 300 orang maut manakala 40,000 lagi hilang tempat tinggal.

Grant yang terlibat dalam projek pemantauan Bufo-bufo di Tasik San Ruffino, 74 kilometer ke utara L'Aquila, mendapati populasi haiwan itu berkurangan dengan mendadak lima hari sebelum gempa bumi melanda. - AFP



2 comments:

  1. adakah cuma katak 'bufo-bufo' shj yg dpt memberi amaran ataw ada lg katak jenis lain?

    ReplyDelete
  2. klu katak jenis lain kami tidak begitu pasti..tapi kami pernh terbaca mengenai terdapat haiwan lain seperti tikus yg boleh meramal bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami..kajian mengenai tikus ini telah di jalankn di negara jepun...selain itu, sebelum berlakunya tsunami ikan2 di lautan akan 'melarikan diri' dari kawasan laut dalam ke kawasn atas...cnthnye pd hari sebelum berlakunya tsunami 26 disember 2004, para nelayan di kawasan pantai barat semennjung M,sia mendapat hasil tngkapan yg byk berbnding dgn hari2 lain sebelumnya..haiwn lain seperti burung mempunyai instinct yg boleh meramal bencana alam dengn terbang 'melarikan diri' ke kawasan yg lebih selamat seblm berlakunya bencana itu..

    ReplyDelete