~WeLCoMe...~


Wednesday, April 28, 2010

~hari bumi 2010~

Tanggal 22 April, seluruh dunia menyambut Hari Bumi 2010 dengan cara dan interpretasi masing-masing.

Kita juga menyaksikan selepas 40 tahun sambutan Hari Bumi, pelbagai cabaran dilalui bagi memulihara khazanah dunia agar tetap utuh.

Seiring cabaran dihadapi hari ini iaitu perubahan cuaca dan pemanasan global, tahun ini merupakan masa terbaik untuk menggiatkan usaha membina kehidupan yang sihat, persekitaran hijau dan aplikasi teknologi hijau untuk kebaikan masa depan.

Hari Bumi 2010 mampu menjadi titik tolak kepada usaha-usaha individu, korporat dan kerajaan untuk sama-sama berganding bahu membangunkan ekonomi hijau global dan rangkaian kepada jutaan rakyat seluruh dunia kepada komitmen melestarikan alam.

Timberland Malaysia adalah salah sebuah organisasi yang mengambil bahagian dalam sambutan Hari Bumi 2010 di sini tahun ini, manakala secara keseluruhan lebih satu bilion rakyat dari 190 negara turut mengambil bahagian.

Menurut Pengurus Jenama Timberland Asia, Chirslyn Pillai, Timberland telah mengambil bahagian dalam Hari Bumi sejak 10 tahun lalu melalui program perkhidmatan komuniti dan tahun ini tumpuan adalah bagi memulihara hutan paya bakau.

Timberland mengambil inisiatif memulihara hutan paya bakau bukan sahaja sebagai satu tanggungjawab sosial tetapi kerana kami adalah sebuah organisasi yang mementingkan persekitaran dan menjadikan ia sebagai satu budaya.

Kakitangan Timberland juga turut serta dalam aktiviti memulihara alam sekitar dan perkhidmatan komuniti yang dijalankan di Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) yang mempunyai keluasan 800 ekar.

Seramai 80 peserta yang merupakan kakitangan Timberland, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan pelanggan Timberland mengambil bahagian dalam sambutan tahun ini. 

1 comment: