~WeLCoMe...~


Thursday, April 8, 2010

~Kepentingan Hutan Ulu Muda~


::Hutan Ulu Muda mempunyai keluasan 160,000 hektar (dua kali ganda saiz negeri Perlis) yang merangkumi tiga daerah di timur laut negeri Kedah iaitu Baling, Padang Terap dan Sik...

::Kawasan Ulu Muda terdiri daripada banyak hutan simpan dan yang paling besar adalah Hutan Simpan Kekal Ulu Muda...

::Terdapat tiga tasik buatan manusia di dalam kawasan Ulu Muda yang dikenali sebagai Muda, Pedu dan Ahning...

::Terdapat juga tiga buah empangan dibangunkan di kawasan berkenaan yang mana sumber airnya adalah dari kawasan tadahan air berdekatan. Malah menjadi sumber bekalan air utama kepada negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis untuk penanaman padi dan juga kegunaan demostik serta industri...

::Hutan Ulu Muda memainkan peranan penting sebagai kawasan tadahan air untuk membekalkan air kepada Empangan Pedu, Muda dan Ahning. Di samping itu, menjadi sumber kepada sungai-sungai utama yang menyediakan 80% air minuman untuk Penang, Kedah dan sebahagian kecil ke Perlis...

::Kedah yang juga dikenali dengan jolokan nama Jelapang Padi merupakan pembekal padi utama di Semenanjung Malaysia...

::Rancangan Pengairan Muda yang bertujuan untuk mengairi kawasan padi di Kedah mendapat sumber air utama daripada Hutan Ulu Muda. Di bawah rancangan pengairan muda ini hampir 40% sumber padi Malaysia dihasilkan dan menjadi punca pendapatan hampir 63,000 keluarga pesawah...

::Kawasan ini telah dikenalpasti sebagai antara 8 jelapang padi terbesar dan kawasan yang akan dikekalkan bertujuan untuk memastikan Malaysia berkeupayaan menghasilkan 90% pengeluaran padi negara pada tahun 2010...

::Kawasan sumber air ini adalah amat penting untuk menjamin bekalan makanan mencukupi terutamanya diwaktu dunia sedang berhadapan dengan krisis makanan...

::Punca utama pembentukan kebanyakkan sungai-sungai di Kedah adalah daripada Hutan Ulu Muda termasuk Sungai Muda dan Sungai Kedah...

::Unjurannya sehingga ke muara sungai yang ditumbuhi pohon-pohon bakau menjadikan kawasan terbabit kaya dengan pelbagai sumber hidupan air. Ini menjadi salah satu sumber pendapatan kepada para nelayan sepertimana pesawah yang bergantung kepada sungai...

::Sungai juga penting bagi memastikan ekosistem sekitar tidak terancam seperti kebanyakkan yang terdapat di dataran lumpur di sepanjang pantai Kedah. Kehadiran burung hijrah menjadi tarikan penting di kawasan ini di samping kewujudan pelbagai hidupan bercengkerang seperti kerang, kepah, udang dan ketam...

::Kawasan industri Kulim Hi Tech Park di Kedah dan Penang yang membangun di kawasan Bayan Baru dan Seberang Prai juga mendapat bekalan air daripada Hutan Ulu Muda...

::Indusri pelancongan di Penang khususnya sektor perhotelan bergantung kepada sumber air yang sama...

::Di dalam kawasan hutan ini juga terdapat kawasan pemuliharaan habitat burung yang dikenali sebagai Important Bird Area (IBA) yang menempatkan pelbagai jenis burung...

::Malah kawasan Ulu Muda ini kaya dengan pelbagai biodiversiti yang berpotensi untuk perkembangan dalam bentuk pendidikan, penyelidikan dan produk dan perkhidmatan bukan balak yang masih belum diterokai...

No comments:

Post a Comment