~WeLCoMe...~


Friday, April 30, 2010

KEPELBAGAIAN FLORA ...

RAFFLESIA


PERIUK KERA


PERANGKAP LALAT


BIXA ORELLANA


                                                   KAKTUS


                                            MISAI KUCING



      POKOK MERANTI

Sayangilah kepelbagaian flora yang masih ada .... !!! 




Wednesday, April 28, 2010

~hari bumi 2010~

Tanggal 22 April, seluruh dunia menyambut Hari Bumi 2010 dengan cara dan interpretasi masing-masing.

Kita juga menyaksikan selepas 40 tahun sambutan Hari Bumi, pelbagai cabaran dilalui bagi memulihara khazanah dunia agar tetap utuh.

Seiring cabaran dihadapi hari ini iaitu perubahan cuaca dan pemanasan global, tahun ini merupakan masa terbaik untuk menggiatkan usaha membina kehidupan yang sihat, persekitaran hijau dan aplikasi teknologi hijau untuk kebaikan masa depan.

Hari Bumi 2010 mampu menjadi titik tolak kepada usaha-usaha individu, korporat dan kerajaan untuk sama-sama berganding bahu membangunkan ekonomi hijau global dan rangkaian kepada jutaan rakyat seluruh dunia kepada komitmen melestarikan alam.

Timberland Malaysia adalah salah sebuah organisasi yang mengambil bahagian dalam sambutan Hari Bumi 2010 di sini tahun ini, manakala secara keseluruhan lebih satu bilion rakyat dari 190 negara turut mengambil bahagian.

Menurut Pengurus Jenama Timberland Asia, Chirslyn Pillai, Timberland telah mengambil bahagian dalam Hari Bumi sejak 10 tahun lalu melalui program perkhidmatan komuniti dan tahun ini tumpuan adalah bagi memulihara hutan paya bakau.

Timberland mengambil inisiatif memulihara hutan paya bakau bukan sahaja sebagai satu tanggungjawab sosial tetapi kerana kami adalah sebuah organisasi yang mementingkan persekitaran dan menjadikan ia sebagai satu budaya.

Kakitangan Timberland juga turut serta dalam aktiviti memulihara alam sekitar dan perkhidmatan komuniti yang dijalankan di Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) yang mempunyai keluasan 800 ekar.

Seramai 80 peserta yang merupakan kakitangan Timberland, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan pelanggan Timberland mengambil bahagian dalam sambutan tahun ini. 

Tuesday, April 27, 2010

:::Kepelbagaian Guna Cuka:::

CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

::: Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.

::: Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.

::: Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.

::: Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.

::: Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.

::: Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.

::: Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.

::: Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

::: Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.

::: Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.

::: Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.

::: Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.

::: Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

(article taken from UTUSAN online...)

Sunday, April 25, 2010

:::Aktiviti joging boleh bawa risiko???

:::Persatuan Fisioterapi Malaysia (MFA) mendakwa aktiviti larian di sekolah seperti merentas desa dan joging tidak sesuai untuk pelajar sekolah kerana ia mampu mendedahkan kepada risiko kecederaan seumur hidup.

:::Selain itu, persatuan itu turut mendakwa amalan membawa beg sekolah mengandungi buku teks yang terlalu berat juga mendedahkan kepada risiko masalah penyakit tulang belakang.

:::Presidennya, Dr. Balwant Singh Bains berkata, walaupun kajian spesifik belum dilaksanakan, tetapi berdasarkan pengalaman dan ujian klinikal, kira-kira 80 peratus daripada penyakit itu berpunca daripada aktiviti larian tanpa pengawasan betul daripada ahli fisioterapi.

:::Aktiviti larian amat terdedah kepada permukaan tanah yang pelbagai seperti terlalu keras dan tidak sekata yang berada di sepanjang trek laluan mereka hingga mudah terdedah kepada kecederaan otot, ligamen dan tendon.

:::Kecederaan ini mungkin hanya sedikit sahaja dan tidak disedari pada peringkat awal sehingga tidak memerlukan mereka terlantar atas katil. Lagipun ada pelajar yang tidak pandai mengadu sakit.

:::Namun ada juga pihak yang mengambil mudah, meskipun jika ada anak-anak mengadu sakit tetapi kebanyakannya beranggapan hanya sakit biasa.
(taken from Utusan Malaysia Online)

VOICE YOUR IDEA>>>>

Saturday, April 24, 2010

~twins???~

(Article is taken from KOSMO...)

PERTH - Seekor cicak berkepala dua ditemui di Coogee, New South Wales, Australia oleh beberapa pekerja taman reptilia, lapor sebuah akhbar semalam.

Reptilia dari spesies yang dikenali sebagai Shingleback itu kini ditempatkan di sebuah taman reptilia di Henley Brook, di sini.

Cicak itu bukan sahaja mempunyai dua kepala tetapi juga mempunyai dua pasang kaki depan di sisi setiap kepalanya.

Pergerakan cicak itu tidak lincah kerana ia mempunyai dua kepala dan kedua-dua mulutnya boleh memakan makanan.

Salah satu kepala itu didapati lebih besar.

Keadaan itu menyebabkan cicak yang mempunyai kepala lebih besar suka menyerang kepala 'kembarnya' yang lebih kecil. - Agensi

Saturday, April 17, 2010

~~leptospirosis~~


(article is taken from KOSMO...)

~Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.

~Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.

~Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.

~Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

~Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).

~Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama.

~Kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas di mana tikus mula aktif seks seawal usia enam minggu dan boleh melahirkan sehingga 170 ekor anak sepanjang hayatnya.

~Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam minggu.

~Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak.

~Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.

~Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.

~Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.

~Malah, tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya.

~Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia.

~Oleh sebab itu, pemakaian sarung tangan adalah disyorkan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik.

~Jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari dengan kencing tikus.

~Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis.

~Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah kepada jangkitan ini.

~Simptom penyakit hanya akan muncul dalam masa empat hingga 12 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira menjangkiti haiwan atau manusia.

~Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.

~Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan bakteria ini.

~Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah.

~Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan masing-masing.

~Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.

~Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah, analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum mengetahui ia berpunca daripada Leptospira.

~Simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.

~Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa sekitar 10 hari untuk sampai ke organ penting sebelum menimbulkan gejala. Dalam tempoh ini, rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini.

~Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin.

~Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan mereka.

~Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning. Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya.


(pleasa read this, my friends....)


~~Tetamu Taman Alam Kuala Selangor~~




(Article is taken from KOSMO 17 APRIL 2010...)

~Tidak seperti Taman Negara, Taman Tasik Titiwangsa, mahupun Taman Negara Tanjung Piai, kekayaan sumber pelancongan semula jadi di Kuala Selangor masih belum terserlah kepada khalayak.

~Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa terdapat pelbagai tempat menarik tertumpu di pekan Kuala Selangor dan salah satunya ialah Taman Alam Kuala Selangor (KSNP).

~Sepanjang berada di taman itu, pengunjung dijanjikan dengan pelbagai keunikan tersendiri apabila boleh menghayati tiga jenis ekosistem serentak dalam sebuah taman yang terbentang seluas hampir 800 ekar itu.

~Keindahan hutan sekunder, hutan paya bakau dan tasik air payau boleh dinikmati apabila anda mengikuti satu kembara menarik menyelusuri denai sejauh 1.5 kilometer (km).

~Tatkala melangkah masuk ke KSNP pada kadar bayaran sebanyak RM4 untuk dewasa, RM1 untuk pelajar dan RM2 untuk warga emas, pengunjung pasti akan merasa teruja dengan sambutan mesra daripada penghuni hutan dan tumbuhan yang menghijau di situ.

~Kembara bakau adalah perkara wajib yang patut diikuti apabila berkunjung ke situ. Perjalanan menarik anda bakal disajikan dengan pelbagai pengalaman indah dan pembelajaran menarik mengenai kehidupan hutan.

~Meninggalkan jejak di sepanjang denai dengan mengelilingi tasik payau buatan manusia, pemandangan indah flora dan fauna di kawasan hutan sekunder antara yang pertama akan menangkap mata anda.

~Di samping panduan daripada papan informasi yang turut tercatit nama saintifik, kegunaan dan sifat-sifat pokok-pokok, ia pasti mewujudkan suasana pembelajaran interaktif terutama kepada generasi muda yang jarang mengenali spesies-spesies itu.

~Antaranya seperti pokok beruas dengan nama saintifik grancinia hombroniana, pokok ketapang (terminalia cattapa), baru-baru (hibiscus illiaceus) dan pokok kabung (arenga pinnata) yang digunakan untuk membuat gula Melaka.

~Di tengah-tengah kembara itu terdapat hutan paya bakau yang turut tersedia dengan laluan khas sehingga sampai ke muara sungai Selangor yang mempertemukannya dengan Selat Melaka.

~Sepanjang perjalanan di jambatan, banyak spesies hidupan di kawasan paya yang boleh ditemui di kiri kanan laluan itu antaranya memerang ikan, ketam rehab, ketam bakau, ikan belacak dan siput sedut.

~Pengalaman menaiki salah sebuah daripada tiga menara tinjau yang terdapat dalam laluan kembara itu menjanjikan panorama mengasyikkan apabila dapat melihat rumah api di puncak Bukit Melawati dan pelbagai jenis burung yang 'berumah' di KSNP.

~Jangan lupa untuk membawa teropong anda sendiri untuk tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan pelbagai jenis burung.

~Kemeriahannya akan lebih jelas terasa antara bulan September hingga Mac setiap tahun kerana KSPN menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung migrasi.

~Menurut Pengurus Taman KSNP, Nagarajan Rengasamy, hampir 1,000 orang pengunjung melawat taman itu setiap bulan dan ia sangat sesuai sebagai destinasi pelajar sekolah, institusi pengajian mahupun organisasi syarikat yang ingin menjalankan aktiviti kursus di situ.

~Pihak pengurusan menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa seperti calet, dorm, hostel dan pondok A-frame yang dapat menampung lebih 100 orang dalam satu-satu masa.

~Pelbagai kemudahan lain untuk tujuan riadah, percutian, mahupun aktiviti berkumpulan disediakan untuk keselesaan pengunjung di taman yang diuruskan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia bersama kerajaan negeri Selangor itu seperti surau, amfiteater, dewan makan dan dewan berhawa dingin.

~Dengan tempoh perjalanan yang mengambil masa selama satu jam atau sejauh 60 km dari ibu kota, pengunjung boleh memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri mahupun mendapatkan perkhidmatan bas atau teksi untuk sampai ke situ.

~Tidak terlalu sukar untuk memandu ke KSNP, walaupun ia adalah kunjungan pertama anda kerana taman itu terletak di sebelah pekan Kuala Selangor. Selain itu, rumah api di puncak Bukit Melawati pastinya boleh dijadikan mercu utama untuk sampai ke situ.

~Taman yang dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang turut menyediakan pakej penginapan menarik pada kadar bayaran antara RM25 hingga RM175 mengikut jenis dan bilangan penginap.


(we've been there last month...& it was really fun...)

Friday, April 16, 2010

~hammer-head...~

Seekor ikan jerung tukul gergasi yang dibekukan dan akan menjadi bahan pameran di muzium miliknya di Queensland.



~Sekumpulan nelayan gembira apabila mereka berjaya menangkap seekor ikan jerung tukul gergasi di perairan timur Australia...

~Namun, sebelum ia dapat ditangkap, nelayan-nelayan tersebut dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan menyedari tangkapan mereka dibaham seekor ikan lebih besar...

~Ikan jerung tukul gergasi itu seberat 250 kilogram dengan panjang lebih enam meter dan berusia sekurang-kurangnya 40 tahun...

~Namun, ikan itu telah dibeli oleh seorang pengusaha muzium tempatan, Vic Hislop setelah ia mati selepas ditangkap...

~Jerung tukul yang ditemui di perairan panas di seluruh dunia merupakan spesies terancam dan kurang berbahaya berbanding beberapa jerung lain terutamanya jerung putih...

~Kepalanya berbentuk seperti tukul bagi membantu haiwan itu memburu mangsa dan mencari makanan di dasar laut...

~Sejak beberapa tahun lalu, terdapat 33 laporan ikan jerung tukul menyerang manusia tetapi tiada insiden yang melibatkan kematian...

Thursday, April 15, 2010

...fEnOmEnA cUaCa PaNaS...

Cuaca panas melampau dengan suhu sehingga 38.1 darjah Celcius yang melanda negara turut dialami oleh beberapa buah negara Asia seperti Indonesia dan Filipina. Tidak terkecuali Australia.

Namun apa yang dialami oleh penduduk negara ini mungkin tidak seburuk di Afrika Tenggara, India dan Brazil utara yang terpaksa berhadapan dengan cuaca lebih panas dan kering. Suhu normal di Malaysia ialah 32 darjah Celcius.

Fenomena cuaca panas dan kering dijangka berterusan sehingga Mei 2010.

Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan:

  • seseorang itu kerap berpeluh... kesannya cecair dalam tubuh akan berkurangan sekali gus menyebabkan individu terbabit cepat rasa letih dan kurang bertenaga...
  • cuaca panas juga boleh menyebabkan gangguan emosi kepada sesetengah orang akibat rasa tidak selesa dengan persekitaran atau terdedah dengan cuaca panas....

Langkah berjaga-jaga yang boleh diambil:

  • minum banyak air
  • kurangkan aktiviti di luar
  • jika ada aktiviti di luar, pakailah topi atau payung
  • makan banyak buah-buahan yang mengandungi banyak air
  • pakai pakaian yang cerah kerana pakaian berwarna gelap menyerap haba

... so, jaga kesihatan diri pada musim panas ....

Adakah fenomena yang berlaku mempunyai hubung kait dengan pemanasan global???

Monday, April 12, 2010

Nasib Harimau Malaya.....




Pagi tadi, saya menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Ada satu topik yang amat penting dibincangkan iaitu mengenai Harimau Malaya yang semakin diancam kepupusan. Bilangan yang dianggarkan kini hanya tinggal hanya 500 ekor di Malaysia!! Bilangan yang ditunjukkan ini amat-amat menyedihkan...

Harimau...
Satu ketika dahulu, terdapat 9 sub-spesies harimau, namun 3 telah pupus. Dalam tempoh seabad yang lalu, bilangan harimau di seluruh dunia telah menurun dari 100,000 ekor ke 5,000 ekor sahaja; sebanyak 95% harimau telah pupus!!!

Punca-punca kepupusan Harimau Malaya:
  • Harimau diancam oleh kehilangan habitat dan mangsa, pemburuan haram serta perdagangan.
  • Ia diburu kerana tanggapan sesetengah pihak bahawa dengan memakan daging atau mengambil ubatan traditional yang dihasilkan daripada bahagian-bahagian badan harimau akan membuatkan mereka lebih kuat dan sihat.
  • Bahagian badan lain seperti gigi, kuku dan kulit pula disimpan sebagai barang ajaib ataupun perhiasan.
  • Manusia turut bersaing dengan harimau untuk memburu spesies mangsa seperti rusa dan Babi Hutan. Akibat kekurangan mangsa, harimau terpaksa menyerang lembu dan ternakan lain sebagai makanan mereka.
  • Selain itu, aktiviti perhutanan dan menggondolkan kawasan tanah tinggi secara haram memaksa haiwan yang hidup bersendirian itu keluar dari habitat mereka.
  • Ini adalah konflik manusia-harimau. Kesannya, harimau mungkin dibunuh oleh penternak yang berang atau ditangkap oleh pihak berkuasa dan dihantar ke zoo untuk dikurung seumur hidupnya.


Kini, sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama berusaha menyelamatkan harimau ini daripada terus diancam kepupusan...

Thursday, April 8, 2010

~Kepentingan Hutan Ulu Muda~


::Hutan Ulu Muda mempunyai keluasan 160,000 hektar (dua kali ganda saiz negeri Perlis) yang merangkumi tiga daerah di timur laut negeri Kedah iaitu Baling, Padang Terap dan Sik...

::Kawasan Ulu Muda terdiri daripada banyak hutan simpan dan yang paling besar adalah Hutan Simpan Kekal Ulu Muda...

::Terdapat tiga tasik buatan manusia di dalam kawasan Ulu Muda yang dikenali sebagai Muda, Pedu dan Ahning...

::Terdapat juga tiga buah empangan dibangunkan di kawasan berkenaan yang mana sumber airnya adalah dari kawasan tadahan air berdekatan. Malah menjadi sumber bekalan air utama kepada negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis untuk penanaman padi dan juga kegunaan demostik serta industri...

::Hutan Ulu Muda memainkan peranan penting sebagai kawasan tadahan air untuk membekalkan air kepada Empangan Pedu, Muda dan Ahning. Di samping itu, menjadi sumber kepada sungai-sungai utama yang menyediakan 80% air minuman untuk Penang, Kedah dan sebahagian kecil ke Perlis...

::Kedah yang juga dikenali dengan jolokan nama Jelapang Padi merupakan pembekal padi utama di Semenanjung Malaysia...

::Rancangan Pengairan Muda yang bertujuan untuk mengairi kawasan padi di Kedah mendapat sumber air utama daripada Hutan Ulu Muda. Di bawah rancangan pengairan muda ini hampir 40% sumber padi Malaysia dihasilkan dan menjadi punca pendapatan hampir 63,000 keluarga pesawah...

::Kawasan ini telah dikenalpasti sebagai antara 8 jelapang padi terbesar dan kawasan yang akan dikekalkan bertujuan untuk memastikan Malaysia berkeupayaan menghasilkan 90% pengeluaran padi negara pada tahun 2010...

::Kawasan sumber air ini adalah amat penting untuk menjamin bekalan makanan mencukupi terutamanya diwaktu dunia sedang berhadapan dengan krisis makanan...

::Punca utama pembentukan kebanyakkan sungai-sungai di Kedah adalah daripada Hutan Ulu Muda termasuk Sungai Muda dan Sungai Kedah...

::Unjurannya sehingga ke muara sungai yang ditumbuhi pohon-pohon bakau menjadikan kawasan terbabit kaya dengan pelbagai sumber hidupan air. Ini menjadi salah satu sumber pendapatan kepada para nelayan sepertimana pesawah yang bergantung kepada sungai...

::Sungai juga penting bagi memastikan ekosistem sekitar tidak terancam seperti kebanyakkan yang terdapat di dataran lumpur di sepanjang pantai Kedah. Kehadiran burung hijrah menjadi tarikan penting di kawasan ini di samping kewujudan pelbagai hidupan bercengkerang seperti kerang, kepah, udang dan ketam...

::Kawasan industri Kulim Hi Tech Park di Kedah dan Penang yang membangun di kawasan Bayan Baru dan Seberang Prai juga mendapat bekalan air daripada Hutan Ulu Muda...

::Indusri pelancongan di Penang khususnya sektor perhotelan bergantung kepada sumber air yang sama...

::Di dalam kawasan hutan ini juga terdapat kawasan pemuliharaan habitat burung yang dikenali sebagai Important Bird Area (IBA) yang menempatkan pelbagai jenis burung...

::Malah kawasan Ulu Muda ini kaya dengan pelbagai biodiversiti yang berpotensi untuk perkembangan dalam bentuk pendidikan, penyelidikan dan produk dan perkhidmatan bukan balak yang masih belum diterokai...

PEMBALAKAN DI HUTAN SIMPAN ULU MUDA,KEDAH~~

>>>kawasan hutan simpan ini mempunyai kepelbagaian biodiversiti yang menakjubkan apabila pihak saintis menemui 109 spesis mamalia, 174 spesis burung, 54 spesis amfibia dan 20 spesis ikan air tawar, termasuk spesis yang dipercayai baru ditemui di dunia.

>>>para petani di kawasan setempat beranggapan sekiranya pembalakan ini berlaku, ianya akan menghapuskan kawasan tadahan hujan paling utama di utara Semenanjung Malaysia.

>>>sekiranya pembalakan diteruskan juga, risiko yang perlu ditanggung akibat mendapan empangan, kehilangan bekalan air domestik dan perindustrian, pembatalan aktiviti penanaman padi di kawasan Muda serta kehilangan spesis pokok, mamalia, burung, amfibia ikan dan lain-lain.

>>>seperti yang kita ketahui, hutan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan alam seperti bertindak sebagai kawasan tadahan air, satu sumber yang dapat mengekalkan suhu dunia dan sebagainya.

[p/s: xda kaitan dng politik...harap maklum...

~bEnCaNa aLaM~~

BANJIR DI RIO DE JANEIRO, BRAZIL~~

>>>Hujan lebat di tenggara Brazil sejak Isnin lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 102 orang maut akibat banjir dan tanah runtuh.



GEMPA BUMI DI SUMATERA~~

>>>Satu gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan barat daya Indonesia semalam dan mencetuskan panik serta gangguan bekalan elektrik tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.

>>>Amaran tsunami yang dikeluarkan kemudian ditarik balik.

biawak gergasi baru ditemui~~


i read in KOSMO...it's about new giant lizard found!!!

>>

~~Para saintis biologi di Paris semalam melaporkan penemuan satu spesies biawak gergasi di kawasan hutan utara Pulau Luzon, Filipina baru-baru ini.

~~Penemuan mengejutkan haiwan liar berukuran dua meter panjang itu disiarkan menerusi jurnal saintifik Biology Letters terbitan Royal Society di Britain.

~~Cicak itu ditemui di sebatang sungai berlembah di Filipina.

~~Haiwan itu cuma makan buah-buahan hutan. Cicak jantan itu mempunyai dua zakar.

~~Salah satu sebab kenapa cicak itu tidak dapat dikesan ialah kerana ia tidak pernah meninggalkan kawasan hutan yang menjadi tempat tinggalnya

Saturday, April 3, 2010

~~Ancaman yu paus~~

~Kelibatnya banyak kelihatan pada bulan Mac dan April di perairan Malaysia ketika musim udang geragau membiak di Terengganu dan berpindah ke perairan Sabah dan Sarawak antara bulan Mac hingga April sehingga musim udang geragau berakhir.

~Yu paus ini juga pernah dilihat beberapa kali di sekitar perairan Pulau Payar, Langkawi sehingga bulan Julai dan di perairan Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Australia

~Ancaman bagi spesies yu paus ialah aktiviti penangkapan ikan nelayan yang tidak sengaja menyebabkan yu paus terperangkap di dalam pukat hanyut.

~Pada waktu siang spesies ini menghabiskan masa dengan mencari makanan berhampiran permukaan laut tetapi pada waktu malam atau ketika migrasi, mereka berenang di laut dalam sehingga mencapai kedalaman 700 meter.

~Bagaimanapun, rekod rasmi mengenai bilangan spesies ini masih belum diketahui dan rekod migrasinya masih dalam proses kajian.

~Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut (JTL), Kamarruddin Ibrahim berkata, kajian mengenai migrasi yu paus tidak dapat dijalankan secara serius kerana kesukaran mengesan spesies itu di perairan negara.

~Kajian mengenai yu paus dijalankan secara minimum kerana kekurangan maklumat dan hanya dilakukan apabila berlakunya kejadian yu paus tersadai di pantai atau terperangkap dalam pukat nelayan secara tidak sengaja.

~Kebanyakan kajian yang dilakukan pula adalah mengenai saiz, berat dan punca kematian yu paus, bukan kajian migrasinya kerana spesies ini sukar dikesan berbanding penyu yang singgah di pantai untuk bertelur.

~JTL tidak bertanggungjawab ke atas aktiviti manusia terutama nelayan terhadap yu paus di luar kawasan taman-taman laut kerana ia adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perikanan.

~JTL dipisahkan dengan Jabatan Perikanan sejak 2004 dan diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi menguruskan Taman-taman Laut Malaysia.

~Sebarang aktiviti atau kempen kesedaran di kalangan nelayan menjadi tanggungjawab Jabatan Perikanan terutama apabila ia berlaku di luar kawasan Taman-taman Laut Malaysia.

Ke mana hilangnya air?~~



BAYANGKAN suatu hari nanti, anda terpaksa menggunakan air osmosis balikan (RO) untuk keperluan harian. RO berharga kira-kira 50 sen seliter dan kalau anda menggunakan 1,000 liter sebulan, bil anda boleh mencecah RM500.

Sanggupkah anda membayar sebegitu mahal untuk air yang digunakan bagi tujuan memasak, mandi atau membasuh baju?

Mungkin sukar membayangkan senario ekstrem sebegitu. Apa tidaknya, kita kini secara purata hanya membayar 70 sen bagi satu meter padu atau 1,000 liter air. Sumber air bersih dan dirawat dirasakan seperti tidak akan kehabisan.

Tapi hakikatnya, Malaysia semakin kekurangan sumber air bersih.

Masalah ini bukan saja membelenggu Malaysia, malah seluruh dunia. Ingat, hanya dua peratus daripada sumber air seluruh dunia boleh digunakan manusia. Selebihnya ialah air laut.

Jika kita gagal menjaga dan melindungi sumber bekalan air yang dua peratus itu, kita mungkin terpaksa menggunakan proses desalinasi untuk bekalan air harian kita.

Desalinasi adalah proses yang menjadikan air laut selamat diminum oleh manusia, seperti osmosis balikan. Namun begitu, prosesnya menelan kos yang begitu tinggi dan tentunya orang ramai tidak sanggup membayar harganya.

Tadahan air dimusnahkan

Mengapa begitu sukar untuk mendapatkan sumber air bersih?

"Di Malaysia, sebab utama adalah pencemaran dan tadbir urus yang lemah di kawasan tadahan air," kata Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran.

"Antara petanda pertama perkara ini sedang berlaku ialah tarif air yang semakin meningkat."

Kata beliau, kawasan tadahan air dan sekitarnya harus diwartakan. Namun, apa yang sedang berlaku adalah kerajaan negeri memberi kebenaran kepada syarikat pembalakan dan perladangan menggunakan kawasan itu demi keuntungan jangka pendek.

Hasilnya? Pencemaran berlaku di kawasan tadahan air hingga meningkatkan kos rawatan air. Lebih buruk, jika tahap pencemarannya mencapai tahap kritikal, loji rawatan air berkaitan terpaksa ditutup.

Beliau memberi contoh projek terbaru di sebuah negeri yang merupakan satu projek ladang getah seluas 443 hektar. Projek ini membabitkan penerokaan hutan di dua stesen pengambilan dan penapisan air.

"Apa yang sedang berlaku di situ adalah hutan-hutan ditebang dan pokok getah pula ditanam. Tanah pula ditabur baja dan racun perosak dalam jumlah yang banyak. Semua bahan kimia ini akan meresap ke dalam tanah seterusnya terbawa ke dalam sungai apabila hujan.

"Kalau ada kawasan petempatan di kaki bukit di situ yang menggunakan air telaga, kesemua bahan berbahaya ini akan masuk sekali. Baja dan racun perosak mengandungi amonia, nitrat dan fosfat. Kalau ketiga-tiga bahan kimia ini berada di dalam air, kos merawatnya amat tinggi. Biasanya, jika pencemaran amonia dikenal pasti berlaku di sesuatu loji rawatan air, ia akan ditutup serta-merta," katanya.

Itulah yang berlaku di Sungai Batang Nilai, Negeri Sembilan dan Sungai Langat, Selangor.

Piarapakaran mengingatkan bahawa racun yang digunakan untuk membunuh haiwan perosak turut boleh membunuh manusia.

Hutan kita, sumber air kita

Malaysia masih banyak sumber air kerana hutan dan fungsinya sebagai kawasan tadahan air.

"Tetapi kalau pihak berkuasa sering tunduk kepada syarikat pembalakan yang hanya ingin membuat pembalakan terancang, kita akan menghadapi masalah yang besar," kata Piarapakaran.

Katanya di Perak, banyak hutan hujan di Banjaran Titiwangsa telah dimusnahkan.

Keratan rentas Semenanjung Malaysia menunjukkan bagaimana banjaran itu merupakan tulang belakang kepada kehidupan rakyat Malaysia. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari Pantai Timur ke Pantai Barat dengan dikawal oleh pokok-pokok di hutan yang menadah air hujan itu dan melepaskannya perlahan-lahan ke seluruh Semenanjung.

Selebihnya akan diserap ke dalam tanah dan juga menjadi sumber air tanah yang dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam tasik. Ini memastikan sumber air yang berterusan tidak kira pada musim hujan atau pun kemarau.

"Dengan cara itulah hutan menyokong kehidupan kita," kata Piarapakaran.

Kegagalan melindungi khazanah ini boleh mengakibatkan masalah air yang kronik, seperti halnya di Perak. Dahulu, jarang sekali didengar banjir berlaku di Perak, lebih-lebih lagi di kawasan seperti Larut Matang dan Selama.

Kawasan itu menerima kadar hujan tertinggi di Malaysia iaitu 5,000 milimeter (mm) setahun. Namun, ia tidak pernah dilanda banjir sehinggalah baru-baru ini bila Bukit Larut di Taiping mengalami banjir.

Itu semua gara-gara penebangan hutan yang berleluasa di bukit itu, kata Piarapakaran.

Beliau menerangkan kadar aliran masuk yang rendah ke dalam tanah menyebabkan air hujan mengalir terus ke dalam tasik sehingga berlakunya banjir.

Apabila cuaca panas kembali, tasik itu akan kekeringan dan keseluruhan sumber air akan hilang begitu sahaja.

Katanya perkara itu sudah pun berlaku di Gunung Semanggol, Perak, yang kehilangan sebuah sungai disebabkan aktiviti pembalakan di sekelilingnya.

Katanya negeri-negeri yang mengalami tekanan air yang sama ialah Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Kelantan.

"Lihat sahaja Melaka, yang pernah mengalami krisis air yang teruk. Mengapa? Cubalah lihat berapa hutannya yang tinggal. Hampir tiada, kerana semuanya dikorbankan untuk aktiviti perladangan."

Di Kelantan pula, mana-mana aktiviti pembalakan akan memberi kesan buruk serta-merta kerana tanahnya merupakan tanah liat yang mempunyai paras ketelapan air yang rendah. Ini dicerminkan melalui banjir teruk yang berlaku saban tahun di negeri itu.

Bukan perubahan iklim

Memang selalu didengar pihak yang mengatakan perubahan iklimlah penyebab krisis air, kemarau, banjir dan pelbagai masalah lain.

"Tetapi bukan perubahan iklim semata-mata yang mengakibatkan kekurangan bekalan air. Kita juga telah 'mendera' sistem itu," kata Piarapakaran.

Sistem yang dimaksudkan bukanlah rumit - jika keseimbangan hutan dikacau ganggu, impaknya akan menjejas bekalan air. - Bernama

Thursday, April 1, 2010

~kosmo 1 april 2010...~


Katak beri amaran gempa bumi....


PARIS - Sejak berkurun dahulu, manusia berusaha mencari alat yang dapat memberi amaran awal sebelum gempa bumi berlaku.

Usaha itu mungkin berbaloi apabila satu kajian mendapati sejenis katak kecil berwarna coklat mampu meramalkan bila gempa bumi akan terjadi.

Hasil kajian yang dilakukan oleh seorang ahli biologi Britain, Rachel Grant mendapati katak itu yang dikenali sebagai Bufo-bufo jantan memberi amaran awal lima hari mengenai gempa bumi yang telah memusnahkan bandar L'Aquila di tengah Itali pada 6 April, 2009 dengan menyebabkan 300 orang maut manakala 40,000 lagi hilang tempat tinggal.

Grant yang terlibat dalam projek pemantauan Bufo-bufo di Tasik San Ruffino, 74 kilometer ke utara L'Aquila, mendapati populasi haiwan itu berkurangan dengan mendadak lima hari sebelum gempa bumi melanda. - AFP