~WeLCoMe...~


Saturday, April 3, 2010

~~Ancaman yu paus~~

~Kelibatnya banyak kelihatan pada bulan Mac dan April di perairan Malaysia ketika musim udang geragau membiak di Terengganu dan berpindah ke perairan Sabah dan Sarawak antara bulan Mac hingga April sehingga musim udang geragau berakhir.

~Yu paus ini juga pernah dilihat beberapa kali di sekitar perairan Pulau Payar, Langkawi sehingga bulan Julai dan di perairan Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Australia

~Ancaman bagi spesies yu paus ialah aktiviti penangkapan ikan nelayan yang tidak sengaja menyebabkan yu paus terperangkap di dalam pukat hanyut.

~Pada waktu siang spesies ini menghabiskan masa dengan mencari makanan berhampiran permukaan laut tetapi pada waktu malam atau ketika migrasi, mereka berenang di laut dalam sehingga mencapai kedalaman 700 meter.

~Bagaimanapun, rekod rasmi mengenai bilangan spesies ini masih belum diketahui dan rekod migrasinya masih dalam proses kajian.

~Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut (JTL), Kamarruddin Ibrahim berkata, kajian mengenai migrasi yu paus tidak dapat dijalankan secara serius kerana kesukaran mengesan spesies itu di perairan negara.

~Kajian mengenai yu paus dijalankan secara minimum kerana kekurangan maklumat dan hanya dilakukan apabila berlakunya kejadian yu paus tersadai di pantai atau terperangkap dalam pukat nelayan secara tidak sengaja.

~Kebanyakan kajian yang dilakukan pula adalah mengenai saiz, berat dan punca kematian yu paus, bukan kajian migrasinya kerana spesies ini sukar dikesan berbanding penyu yang singgah di pantai untuk bertelur.

~JTL tidak bertanggungjawab ke atas aktiviti manusia terutama nelayan terhadap yu paus di luar kawasan taman-taman laut kerana ia adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perikanan.

~JTL dipisahkan dengan Jabatan Perikanan sejak 2004 dan diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi menguruskan Taman-taman Laut Malaysia.

~Sebarang aktiviti atau kempen kesedaran di kalangan nelayan menjadi tanggungjawab Jabatan Perikanan terutama apabila ia berlaku di luar kawasan Taman-taman Laut Malaysia.

6 comments:

  1. juz curios,why we so concern about this species...does it contribute any benefit to us..???hmmm...its extinction oso will give no effect to us human rite..???sorry 4 noob question,heh...satu lg..ikan yu gigit org x?sakit x?

    ReplyDelete
  2. PADA PENDAPAT KAMI>>>

    yu paus...atau species yg sma dgn ny... penting...kita xnmpk kpntingan dia mybe sbb kita xtau n xdiberi pndedahan @ kita xpenah kisah pon ttg kpntingan dia...byk efek klu kita xpelihara hdupan marine nii...

    based on d article, yu paus ni diancam kpupusan..[terperangkap di dalam pukat hanyut]...klu kita xpelihara dia, cmna la ank cucu kita nk tgok haiwan ni nnt...[stuasi ni xsma la ng dinosour..]

    dr segi biology nya, kita manusia, haiwan n tumbuhan saling memerlukan antara 1 sma ln...
    mybe kita xnmpk...

    mybe, yu paus ni mkn hdpan dlm laut contohnya ikn kecil...klu yu paus ni pupus, blangan ikan2 kecil akn meningkat...

    bila popuasi ikn2 kecil mningkat, mgkin suatu hari nnt, laut@lautan xdpt nk menampung populasi ikn2 kecil yg byk nii...
    akan wujud persaingan dlm aquatic ecosystem niii...

    keseimbangan alam...

    ReplyDelete
  3. smbungan>>>

    populasi ikn2 kecil@ organism yg byk dlm laut@lautan akan myebabkan tumbuhan akuatik berkurangan...kerana ada species2 ikan & organism yg byk ni memakan tmbuhan akuatik [tumbuhan akuatik sbgai sumber mkanan haiwan akuatik...]

    kurangnya populasi tmbuhan akuatik secara tidak lgsung akan myebabkan oksigen di dalam air [laut@lautan] berkurangan...seperti yg kita tahu, tmbuhan membebaskan gas oksigen drpd proses photosintesis...

    ReplyDelete
  4. uhh.. panjangnyer nak bc.. letih plak.. haha.. em btul2.. klu begitu, apakah langkah2 yg perlu diambil utk mengelakkan drpd kepupusan ikan yu paus?

    ReplyDelete
  5. Pihak berwajib spt Jabatan Perikanan sepatutnya memainkan peranan penting...

    Tindakan perundangan mesti diambil ke atas nelayan yang terlibat...

    Hotel2 perlulah mengurangkan penyediaan makann yg berasskn sirip ikn yu..seperti yg kita tahu, sirip ikn yu paus ini boelh dibuat sup..

    Akta dan undang-undang Marin dan akta perlindungan haiwan liar negara harus dikuatkuasaan dengn lebih efektif dan lebih tegas

    ..Jangan sampai dunia melihat kita bersekongkol dalam aktiviti yang memusnahkan flora dan fauna...

    ReplyDelete