~WeLCoMe...~


Friday, March 19, 2010

~kosmo 19 march 2010~




Penggunaan lampu pijar dihenti~~

PUTRAJAYA - Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga di samping mengurangkan penghasilan bahan karbon.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, dengan pelaksanaan dasar tersebut, penggunaan tenaga elektrik negara dapat dijimatkan sebanyak RM336 juta setahun dan pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

Penggantian lampu tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat selama tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar yang mengeluarkan cahaya kekuningan tersebut tidak akan dijual mulai 2014.

"Pengguna digalakkan menggunakan lampu yang lebih cekap tenaga seperti lampu kalimantang kompak, lampu kalimantang silinder dan lampu dioda," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Peter Chin berkata, pelaksanaan dasar tersebut akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pertama, menghentikan secara berperingkat-peringkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 watt dan ke atas dalam tempoh satu tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2011.

[pada pndapat kami,tindakan ni wajar dilaksanakan demi menjimatkan penggunaan tenaga dan mengurangkan penghasilkan karbon...diharapkan kita sbgai rakyat malaysia menyambut baik tindakan ini dan sama-sama melaksanakannya...sayangilah bumi kita...]

2 comments:

  1. saya ingin bertanya..pada pendapat saudari berdua...............selain mengurangkan penghasilan karbon....ada x cara terbaru atau penemuan terbaru untuk mengurangkan penggunaan tenaga aluminium dalam waktu yang sama tidak mengurangkan penghasilannya kerana....di Australia metal sebagai salah satu ekonomi dpd penghasilan aluminium metal production...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kpd yg bertanya>>>Pada pendapat kami, kita boleh mengitar semula bahan aluminium seperti tin di mana ianya dapat menjimatkan 95% tenaga untuk menjadikan aluminium baru dari bahan mentah. Berdasarkan fakta ini, 20 tin aluminium dapat dikitar semula dengan kadar tenaga yang digunakan untuk membuat satu tin aluminium yang baru (Keep America Beautiful, 2006). Cara ini pada masa yang sama tidak mengurangkan penghasilan aluminium tersebut. Mengitar-semula satu tin aluminium dapat menjimatkan tenaga. Tenaga yang dijimatkan tersebut boleh digunakan untuk menyalakan lampu 100-watt selama 20 jam, menggunakan komputer selama 3 jam dan TV selama 2 jam. Fakta ini diperoleh daripada (EPA, 2008). Daripada pembacaan kami, tin aluminium yang dibuang oleh rakyat Amerika selama sebulan adalah mencukupi untuk membina semua kapalterbang komersial Amerika. Kami tidak begitu pasti sekiranya ada penemuan terbaru untuk mengurangkan penggunaan aluminium. Haraf maaf…

    ReplyDelete