27 Mac 2010 adalah hari yang amat bermakna untuk bumi iaitu Earth Hour. Apa yang anda tahu tentang Earth Hour??
Tepat jam 8.30 malam (27 Mac 2010) seluruh dunia bergelap. Semua lampu dipadamkan selama sejam. Malaysia juga tidak ketinggalan menyertai kempen sejagat menyelamatkan bumi iaitu selama sejam bagi menyatakan sokongan terhadap misi menangani perubahan cuaca akibat pemanasan global...Anda bagaimana?? Turut serta bergelap selama sejam?? Kalau ya, bagus la....=)
Sana-sini kita sering terdengar mengenai isu perubahan iklim akibat fenomena pemanasan global. Hari ini juga kita sendiri dapat merasakan perubahan cuaca dunia yang semakin panas dan tidak menentu.. tidak kira siang ataupun malam...panas....panas.... Hujan, ribut dan banjir juga sering melanda. Namun apakah sumbangan kita sebagai penduduk bumi bagi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida, penyebab utama fenomena pemanasan global ini??
Sebenarnya sesiapa saja boleh membantu mengurangkan pelepasan gas tersebut. Malah banyak perkara yang mudah dilakukan dalam kehidupan harian seperti mengurangkan penggunaan atau mematikan terus peralatan elektrik yang tidak diperlukan atau penggunaan mentol jenis jimat tenaga serta lain-lain sumber tenaga yang lebih bersih....
Pemanasan global berlaku apabila gas seperti karbon dioksida dan CFC terkumpul di ruang atmosfera lalu menipiskan lapisan pelindung ozon. Kajian membuktikan lapisan ozon makin menipis dan tidak mampu lagi menapis sinaran ultra ungu berbahaya hingga mengakibatkan suhu dunia meningkat.
Kesan perubahan cuaca dunia terutama faktor suhu panas mewujudkan cuaca melampau malah di sesetengah tempat bercelaru. Malah, ketulan ais atau glasier di Antartika dan Artik mencair hingga mengakibatkan paras air laut meningkat.
Apakah keadaan ini mahu dibiarkan berterusan??
Apakah dunia akhirnya musnah kesan perbuatan manusia sendiri??
Oleh itu, marilah kita semua bersama-sama menyelamatkan bumi kita.....=)
betul2...kita harus sokong usaha murni seperti ini..sebagai manusia, kita perlu sama2 menjaga bumi untuk kepentingan bersama..memng banyk perkara buruk akan berlaku kalu kita tidk menjaga bumi ini dengn baik..kesn itu akan menimpa diri kita sendiri..memng pembangunan penting..tp lakukan pembngunn yg tidak memberi kesan negatif kepada bumi..sayangilah bumi kita..
ReplyDeletebtol....trima kasih ats pndapat anda...=)
ReplyDelete