~WeLCoMe...~


Sunday, March 21, 2010

....kelip-kelip....





Pada 14 mac 2010 lalu, kami telah pergi ke Kampung Kuantan yang terletak di daerah Kuala Selangor. Kampung Kuantan ini amat istimewa kerana merupakan salah satu tempat di mana kita boleh tengok kelip-kelip yang menghasilkan cahaya. Sebelum kami boleh menaiki sampan untuk melihat kelip-kelip, kami harus menunggu giliran di jetty yang disediakan.





Pengalaman pertama dapat melihat kelip-kelip ini amat mengagumkan. Kami menaiki sampan di sepanjang tebing sungai untuk melihat ribuan kelip-kelip berkumpul di kawasan paya bakau yang luas ini, terutamanya berhampiran pohon-pohon Berembang. Serangga ini tidak merbahaya sama sekali.



Daripada maklumat yang kami perolehi, terdapat beberapa tempat sahaja di dunia ini untuk melihat kelip-kelip yang menghasilkan cahaya iaitu di India Timur dan Asia Tenggara, Filiphina dan Papua New Guinea. Di daerah Kuala Selangor, kelip-kelip boleh dijumpai di dua kawasan, iaitu di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing. Serangga kelip-kelip yang dominan dijumpai di Kuala Selangor adalah daripada spesis Pteroptyx Tener. Biasanya, ia dijumpai dalam bilangan yang banyak mencecah angka ribu.

Kelip-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya. Nama famili bagi kelip-kelip ialah Lampyridae. Jangka hidup kelip-kelip di sini adalah lebih kurang 30hari sahaja. Kitar hidup kelip-kelip bermula dari telur kepada larva dan dari larva bertukar menjadi pupa dan akhirnya menjadi kelip-kelip dewasa. Larva kelip-kelip boleh hidup tanah atau air. Larva mempunyai mandibles beracun yang menjadi organ pertahanan dan alat membantu mencari makanan (mangsa). Makanan larva adalah nematod, copepod dan larva midge. Ia akan megeluarkan bendalir beracun yang akan membunuh mangsa dan menjadikannya separa cecair. Kelip-kelip dewasa boleh hidup tanpa makan sehingga lebih kurang 30 hari. Makanan utama kelip-kelip adalah daun tumbuh-tumbuhan.

Jatina kelip-kelip mudah dibezakan melalui organ pengcahaya yang terletak di bahagian abdomen. Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya, kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk 'memanaskan badan' (warm up) sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu, kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.

Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama dan menarik. Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan daun.

Kajian mendapati, kelip-kelip di sekitar Kuala Selangor akan pupus dalam jangka masa 10 tahun lagi jika tiada tindakan pemuliharaan yang cekap. Oleh itu, kita haruslah bersama-sama menjaga populasi kelip-kelip di negara kita ini agar generasi yang akan mendatang dapat melihat keunikan kelip-kelip yang terdapat di negara kita.

Tahukah anda?

~Kelip-kelip betina kurang keupayaan untuk terbang.
~Buah Barembang boleh dimakan tetapi berasa pahit.
~Jika 6000 ekor kelip-kelip dimasukkan dalam satu botol kaca, kecerahan cahaya yang dihasilkan seakan sebatang lilin.
~Kelip-kelip dapat menukar 100% tenaganya kepada cahaya. Manakala mentol hanya menukar 10% daripada tenaga elektrik kepada cahaya! 90% tenaga dibazirkan sebagai haba.


Pengalaman melihat kelip-kelip buat pertama kali ini pasti tidak dapat dilupakan!!!

2 comments:

  1. very nice....love it..=)
    wonder of the world..

    ReplyDelete
  2. yup..betul..memg cantik n menarik sgt tempat ni..so, kalu ada kesempatan datang la ke kampung kuantan tengok kelip2...u will experience by yourself and will be mesmerise...

    ReplyDelete