Kami mendapat fakta-fakta mengenai seladang ini ketika Flora Fauna Festival daripada En. Nizam. Banyak maklumat yang kami perolehi untuk dikongsi bersama....
FAKTA-FAKTA ASAS
Tahukah anda??
Malayan Gaur (Bos gaurus) atau lebih dikenali dengan nama tempatan “Seladang”, merupakan mamalia darat kedua terbesar di Malaysia selepas gajah. Ia tergolong dalam famili Bovidae di bawah order Artiodactyla.
Seladang mendiami kawasan hutan tanah pamah yang tidak diganggu bergantung kepada sumber air, jenut dan makanan. Ia memerlukan air untuk diminum tetapi bukan untuk bekubang. Diet seladang adalah rumput segar, herba dan pucuk muda pokok belukar.
Ciri-ciri seladang:
- kulit berwarna perang gelap
- memiliki bonggol di keempat-empat kaki
- “sarung” putih di keempat-empat kaki
- anak seladang yang baru lahir berwarna perang kekuningan dan bertukar kepada warna seladang dewasa pada umur 3 bulan
- seladang boleh membesar sehingga ketinggian paras bahu 1.9 m dan panjang purata dari hidung hingga hujung ekor ialah lebih kurang 4.0 m.
- berat seladang jantan boleh mencapai 1000 kg
- seladang betina boleh mencapai berat antara 500-700 kg
Proses mengawan:
Dalam kurungan, seladang mencapai usia matang pada 2.3-2.4 tahun. Di habitat asal, pembiakan berlaku sepanjang tahun walaupun terdapat tempoh kemuncak antara bulan Disember dan Jun. Semasa proses mengawan, seladang jantan akan mengeluarkan bunyi mengawan yang khas dan boleh didengar sejauh 1.5 km. Anak seladang akan lahir selepas tempoh bunting selama 310-314 hari dan menyusu sehingga 9 bulan. Seladang betina dalam kurungan boleh melahirkan lebih kurang 13 ekor anak sepanjang hayatnya, dengan tempoh selang kelahiran 373-590 hari. Hayat seladang dalam kurungan adalah antara 17-19 tahun.
STATUS TABURAN DAN POPULASI
Di seluruh negara dianggarkan terdapat 13,000-30,000 ekor seladang dengan 5,200-18,000 ekor individu matang, namun demikian corak populasi keseluruhan adalah menurun.
Seladang terdapat di :
- Bangladesh
- Kemboja
- China
- India
- Semenanjung Malaysia
- Myanmar
- Nepal
- Thailand
- Veitnam
Subspesis Bos gaurus hubbacki hanya boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia dan Thailand.
Di Semenanjung Malaysia, ia boleh ditemui di Pahang, Kelantan, Kedah, Perak dan Terengganu.
Anggaran populasi minimum seladang sekarang dianggarkan di antara 273-333 ekor, berbanding dengan 549-577 pada tahun 1991.
ANCAMAN-ANCAMAN UTAMA
-pemburuan
-kehilangan
-fragmentasi habitat hasil daripada pembangunan luar bandar yang pesat
Seladang diburu untuk daging dan anggota badan yang lain seperti gigi, tanduk dan kulit untuk dijadikan trofi dan koleksi simpanan.
Fragmentasi hutan akan meningkatkan peluang kepupusan bagi seladang yang mempunyai populasi kecil dan terpencil.
Penyakit yang disebarkan oleh lembu ternakan seperti Haemorrhagic Septicaemia, Malignant Catarrhal fever dan penyakit kuku dan mulut adalah berpotensi mendatangkan kematian.
Current issues of biodiversity... The importance of biodiversity... Loss of biodiversity and extinction... Investigate biodiversity... Endangered species... Cause of endangered species...
~WeLCoMe...~
Monday, February 22, 2010
SeLaDaNg - Bos gaurus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
seladang ni lg tinggi dr aku....
ReplyDeletepopulasi seladang semakin pupus.oleh itu haiwan ini harus dipelihara agar populasinya tidak terus berkurangan dan pupus...
ReplyDeletemintak tanya, dari mana dpt repot untuk angaran populasi seladang? ada repot ataupun link x?
ReplyDelete:::actually, bnd ni dh lama....blh dptkan mklumat ni di laman web PERHILITAN...
ReplyDelete