Cara ikan lumba-lumba tidur agak berbeza dengan manusia. Ikan ini tidur dengan menggunakan hanya sebelah otaknya manakala sebelah lagi tidak berfungsi. Bagaimanapun ia akan memastikan setiap bahagian otak itu digunakan sepenuhnya. Ikan tersebut mematikan otaknya secara bergilir sepanjang masa tidurnya.
Dalam tempoh rehatnya itu, semua sistem dalaman dan pergerakan ikan lumba-lumba bergerak secara perlahan. Seperkara menarik ialah ia berkenaan mencelikkan sebelah matanya ketika tidur seolah-olah mengeyitkan mata. Hasil penyelidikan juga menunjukkan bahawa suara yang dikeluarkan melalui mulut seekor lumba-lumba boleh didengari lumba-lumb lain yang jarak hampir dua kilometer.
Bahkan siulan yang dikeluarkan seekor lumba-lumba mampu dikesan lumba-lumba lain bahawa suara itu berasal dari anggota kelompoknya. Setiap kelompok lumba-lumba mengembangkan suara siulan yang khas berbeza dengan kelompok lainnya. Pengembanagn siulan itu sendiri berlangsung sejak lumba-lumba masih usia bayi.
No comments:
Post a Comment