~WeLCoMe...~


Friday, April 22, 2011

tAhuKaH aNda....

  • Haiwan paling bahaya di muka bumi ini adalah lalat rumah kerana kegemarannya hinggap pada najis dan menyebarkan penyakit berbahaya kepada manusia dan haiwan lain.
  • Ular adalah haiwan karnivor (makan daging) sebenar kerana ular tidak makan apa-apa selain daripada binatang.
  • Amfibia terbesar dunia adalah salamander gergasi (katak gergasi) yang boleh membesar sehingga 1.5 meter panjang.
  • Paus biru boleh menghasilkan bunyi yang kuat sehingga 188 desibel. Ini adalah bunyi paling kuat pernah dihasilkan oleh haiwan dan boleh dikesan sejauh 852.9 kilometer.
  • Seekor penyu kebiasaannya boleh hidup lebih daripada 100 tahun.
  • Belalai gajah tidak mempunyai tulang tetapi mempunyai 40,000 otot.
  • Cicada (sejenis lalat di Afrika) menghabiskan 17 tahun masa hidupnya untk tidur dan hanya dua minggu ia akan bangun untuk mengawan dan kemudiannya mati.
  • Semut boleh mengangkat benda yang 10 kali berat badannya.
  • Rama-rama memanaskan badannya sehingga mencapai 27.22 darjah selsius sebelum ia boleh terbang.
  • Seekor paus biru boleh berenang selama tiga bulan tanpa makan.

No comments:

Post a Comment