Hutan hujan meliputi kurang daripada enam peratus kawasan bumi tetapi menyediakan kawasan tinggal lebih separuh spesis haiwan dan tumbuhan. Malah lebih 80 peratus kawasan tanaman bumi boleh didapati di dalam kawasan hutan hujan.
Hutan hujan merupakan salah satu sumber alam semulajadi yang merupakan tempat tinggal bagi tanaman termasuk yang berguna dalam perubatan yang belum diketahui serta beratus-ratus haiwan yang mungkin berguna di masa akan datang.
Ia juga merupakan kawasan bagi kumpulan manusia unik yang menggunakan sumber hutan hujan dalam keadaan yang istimewa. Kurang dari 50 tahun lalu, hutan hujan meliputi 14 peratus Bumi, dua kali ganda daripada apa yang ada sekarang. Setiap saat kawasan seluas padang bola ‘hilang’ dalam hutan hujan bagi membekalkan kayu bagi industri perabut serta pembangunan.
No comments:
Post a Comment