~WeLCoMe...~


Wednesday, May 5, 2010

:::PaTriCk d StArFiSh:::

ECHINODERMS>>>SEA STARS (STARFISH)>>>ASTEROIDEA   




Crown-of-thorns starfish (Acanthaster planci)




Spiny Cushion Starfish - Culcita schmideliana

Regeneration of an arm: Luzon Sea Star- Echinaster luzonicus


Necklace Sea Star - Fromia monilis

Egyptian Sea Star - Gomophia egyptiaca

Starfish / sea star (Nardoa variolata)

Comb Jelly on Starfish - Coeloplana astericola

Starfish Shrimp - Periclimenes soror

Horned Sea Star - Protoreaster nodosus

Monday, May 3, 2010

KEUNIKAN TAMAN ALAM

Pengalaman kami ke Taman Alam Kuala Selangor merupakan satu pengalaman yang amat2 manis dan bermakna...Keindahan hutan paya bakau yang terdapat di Taman Alam Kuala Selangor amat memukau mata kami... udara yang segar....nyaman....pokok yang menghijau...cantik sangat....sememangnya memberi ketenangan.....walaupun perjalanan di sepanjang hutan paya bakau ini memenatkan, tapi pengalaman yang kami dapat ini amat berharga..best sangat... pelbagai keunikan flora dan fauna dapat dilihat... secara live lagi..so, sesiapa yang berpeluang ke Taman Alam Kuala Selangor, pergilah.. u all pasti akan dapat pengalaman yang amat bermakna.... best sgt...


pintu masuk Taman Alam Kuala Selangor




 



laluan jambatan yang disediakan


laluan perjalanan ke hutan paya bakau


ketam bewarna biru


hutan paya bakau



....jauh perjalanan indah pemandangan...  =)

Sunday, May 2, 2010

..KEINDAHAN DASAR LAUT....

BATU KARANG





Batu karang adalah haiwan walaupun ianya kelihatan seolah-olah batu batan tidak bernyawa yang kerap kali dilihat memutih di atas pantai disepak ombak. Namun pada hakikatnya batu karang adalah sebahagiannya batu kerana hanya sebahagian luarnya yang nipis sahaja yang didiami oleh haiwan hidup selebihnya adalah rangka batu.

Boleh juga kita andaikan batu karang sebagai satu pokok besar yang mana bahagian dalamnya yang keras itu menjadi penyokong dan bahagian luarnya adalah haiwan yang hidup dan membesar. Seperti mana juga pokok, kebanyakan batu karang menetap secara kekal pada sesuatu tempat dalam terumbu.


Serpihan batu karang mati yang memutih di atas pantai adalah batu karang mati yang telah sekian lama dihempas ombak dan dibawa arus terutama sewaktu musim tengkujuh. Sebab itu lah kadangkala kita lihat pasir dipantai surut dan kadang kala pula bertimbun penuh.

Namun, pemanasan global yang berlaku mengancam kerosakan terumbu karang di kawasan coral triangle atau segitiga terumbu karang yang ada di enam negara, iaitu Indonesia, Malaysia, Kepulauan Salomon, Papua Nugini, Timor Leste, dan Filipina.


....PELIHARALAH KEINDAHAN DASAR LAUT.....

Saturday, May 1, 2010

:::PEMBIAKAN KATAK BERACUN DI BRITAIN:::

Sejenis spesies katak antara paling beracub dari Andes di Equador yang mempunyai racun lebih berbahaya daripada dadah morfin kini dibiak di sebuah pusat pameran haiwan di Akuarium Blue Reef, Postsmouth, Britain. Kulit katak itu dipercayai mengandungi 200 kali ganda toksin daripada dadah morfin. 

 ~KATAK BERACUN~

Sejumlah katak itu kini dipelihara di pusat pameran tersebut yang turut menempatkan lebih 40 hidupan marin yang lain termasuklah jerung, udang karang, kuda laut dan ikan-ikan tropika. 


~JERUNG~

~UDANG KARANG~

~KUDA LAUT~


Jurucakap akuarium tersebut, Jenna MacFarlane berkata, katak beracun itu dipelihara kerana spesies amfibia berkenaan sedang menghadapi ancaman kepupusan serius akibat pencemaran dan habitat semula jadinya dimusnahkan.

Friday, April 30, 2010

KEPELBAGAIAN FLORA ...

RAFFLESIA


PERIUK KERA


PERANGKAP LALAT


BIXA ORELLANA


                                                   KAKTUS


                                            MISAI KUCING



      POKOK MERANTI

Sayangilah kepelbagaian flora yang masih ada .... !!! 




Wednesday, April 28, 2010

~hari bumi 2010~

Tanggal 22 April, seluruh dunia menyambut Hari Bumi 2010 dengan cara dan interpretasi masing-masing.

Kita juga menyaksikan selepas 40 tahun sambutan Hari Bumi, pelbagai cabaran dilalui bagi memulihara khazanah dunia agar tetap utuh.

Seiring cabaran dihadapi hari ini iaitu perubahan cuaca dan pemanasan global, tahun ini merupakan masa terbaik untuk menggiatkan usaha membina kehidupan yang sihat, persekitaran hijau dan aplikasi teknologi hijau untuk kebaikan masa depan.

Hari Bumi 2010 mampu menjadi titik tolak kepada usaha-usaha individu, korporat dan kerajaan untuk sama-sama berganding bahu membangunkan ekonomi hijau global dan rangkaian kepada jutaan rakyat seluruh dunia kepada komitmen melestarikan alam.

Timberland Malaysia adalah salah sebuah organisasi yang mengambil bahagian dalam sambutan Hari Bumi 2010 di sini tahun ini, manakala secara keseluruhan lebih satu bilion rakyat dari 190 negara turut mengambil bahagian.

Menurut Pengurus Jenama Timberland Asia, Chirslyn Pillai, Timberland telah mengambil bahagian dalam Hari Bumi sejak 10 tahun lalu melalui program perkhidmatan komuniti dan tahun ini tumpuan adalah bagi memulihara hutan paya bakau.

Timberland mengambil inisiatif memulihara hutan paya bakau bukan sahaja sebagai satu tanggungjawab sosial tetapi kerana kami adalah sebuah organisasi yang mementingkan persekitaran dan menjadikan ia sebagai satu budaya.

Kakitangan Timberland juga turut serta dalam aktiviti memulihara alam sekitar dan perkhidmatan komuniti yang dijalankan di Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) yang mempunyai keluasan 800 ekar.

Seramai 80 peserta yang merupakan kakitangan Timberland, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan pelanggan Timberland mengambil bahagian dalam sambutan tahun ini. 

Tuesday, April 27, 2010

:::Kepelbagaian Guna Cuka:::

CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

::: Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.

::: Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.

::: Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.

::: Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.

::: Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.

::: Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.

::: Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.

::: Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

::: Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.

::: Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.

::: Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.

::: Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.

::: Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

(article taken from UTUSAN online...)

Sunday, April 25, 2010

:::Aktiviti joging boleh bawa risiko???

:::Persatuan Fisioterapi Malaysia (MFA) mendakwa aktiviti larian di sekolah seperti merentas desa dan joging tidak sesuai untuk pelajar sekolah kerana ia mampu mendedahkan kepada risiko kecederaan seumur hidup.

:::Selain itu, persatuan itu turut mendakwa amalan membawa beg sekolah mengandungi buku teks yang terlalu berat juga mendedahkan kepada risiko masalah penyakit tulang belakang.

:::Presidennya, Dr. Balwant Singh Bains berkata, walaupun kajian spesifik belum dilaksanakan, tetapi berdasarkan pengalaman dan ujian klinikal, kira-kira 80 peratus daripada penyakit itu berpunca daripada aktiviti larian tanpa pengawasan betul daripada ahli fisioterapi.

:::Aktiviti larian amat terdedah kepada permukaan tanah yang pelbagai seperti terlalu keras dan tidak sekata yang berada di sepanjang trek laluan mereka hingga mudah terdedah kepada kecederaan otot, ligamen dan tendon.

:::Kecederaan ini mungkin hanya sedikit sahaja dan tidak disedari pada peringkat awal sehingga tidak memerlukan mereka terlantar atas katil. Lagipun ada pelajar yang tidak pandai mengadu sakit.

:::Namun ada juga pihak yang mengambil mudah, meskipun jika ada anak-anak mengadu sakit tetapi kebanyakannya beranggapan hanya sakit biasa.
(taken from Utusan Malaysia Online)

VOICE YOUR IDEA>>>>