BATU KARANG
Batu karang adalah haiwan walaupun ianya kelihatan seolah-olah batu batan tidak bernyawa yang kerap kali dilihat memutih di atas pantai disepak ombak. Namun pada hakikatnya batu karang adalah sebahagiannya batu kerana hanya sebahagian luarnya yang nipis sahaja yang didiami oleh haiwan hidup selebihnya adalah rangka batu.
Boleh juga kita andaikan batu karang sebagai satu pokok besar yang mana bahagian dalamnya yang keras itu menjadi penyokong dan bahagian luarnya adalah haiwan yang hidup dan membesar. Seperti mana juga pokok, kebanyakan batu karang menetap secara kekal pada sesuatu tempat dalam terumbu.
Serpihan batu karang mati yang memutih di atas pantai adalah batu karang mati yang telah sekian lama dihempas ombak dan dibawa arus terutama sewaktu musim tengkujuh. Sebab itu lah kadangkala kita lihat pasir dipantai surut dan kadang kala pula bertimbun penuh.
Namun, pemanasan global yang berlaku mengancam kerosakan terumbu karang di kawasan coral triangle atau segitiga terumbu karang yang ada di enam negara, iaitu Indonesia, Malaysia, Kepulauan Salomon, Papua Nugini, Timor Leste, dan Filipina.
....PELIHARALAH KEINDAHAN DASAR LAUT.....