~WeLCoMe...~


Thursday, January 5, 2012

~TELUK YU, LANGKAWI~....


















A trip to Langkawi Island....<3  Nice view of Teluk Yu....

Friday, November 25, 2011

PULAU LAHIR DARI DASAR LAUT [KOSMO 25/11/11]


Kebiruan air di permukaan laut berhampiran Pulau El Hierro iaitu salah sebuah pulau di Kepulauan Canary tiba-tiba 'dihiasi' dengan kewujudan gelembung buih-buih yang muncul dari dasar laut awal bulan ini. Turut kelihatan gumpalan magma berwarna kehitaman melatari permukaan laut.

Semua itu berpunca daripada aktiviti gunung berapi dasar laut di kawasan tersebut yang dilaporkan semakin aktif selepas satu gempa bumi berukuran 4.3 pada Skala Ricther melanda pulau tersebut pada 5 November lalu.

Gempa bumi berkenaan menyebabkan gunung berapi dasar laut di luar Pulau El Hierro itu memuntahkan material berupa gas dan asap hitam setinggi 18 meter ke udara yang dipenuhi bau sulfur selain menyebabkan ia kelihatan terapung di permukaan laut.

Kepulauan Canary yang terdiri daripada tujuh buah pulau serta beberapa buah pulau kecil walaupun berlokasi sekitar 100 kilometer dari pesisir pantai Maghribi di utara Afrika bagaimanapun sebenarnya merupakan wilayah di bawah autonomi Sepanyol.

Selain Pulau El Heirro, enam pulau lain di Kepulauan Canary ialah Tenerife, Gran Canaria, Fuerteventura, Lanzarote, La Palma dan La Gomera. Pada pertengahan Oktober lalu, pihak berkuasa Sepanyol telah mengeluarkan arahan untuk menutup akses ke bandar pelabuhan La Restinga di selatan Pulau El Heirro rentetan aktiviti gunung berapi dasar laut itu.

Ini termasuklah meminta kapal-kapal yang berada di sekitar pelabuhan beredar meninggalkan kawasan perairan tersebut dan pesawat udara turut dilarang melakukan penerbangan di lokasi berkenaan.

Selama lebih sebulan, penduduk di kepulauan tersebut terpaksa hidup dengan gunung berapi dasar laut aktif yang bukan sahaja memberi ancaman keselamatan, bahkan turut menakutkan pelancong dan membahayakan kehidupan penduduk serta habitat sekitarnya.


MAGMA DI PERMUKAAN LAUT

Para saintis tempatan memberitahu, aktiviti di gunung berapi dasar laut itu telah bermula sejak 17 Julai lalu dengan lebih 10,000 gegaran direkodkan.

"Letusan gunung berapi itu berlaku selama seminggu dan ia menyebabkan kerajaan bertindak memindahkan kira-kira 600 penduduk ke kawasan selamat," kata wakil perlindungan sains sivil, Carmen Lopez bulan lalu.

Berdasarkan kronologi, dasar laut Pulau El Hierro mula menggegar sejak 19 Julai lalu dengan memberi petanda melalui kemunculan gumpalan magma yang kelihatan di permukaan laut pulau terkecil di Kepulauan Canary itu.

"Letusan itu juga menyebabkan gumpalan besar magma berwarna kehijauan terbentuk di permukaan laut," kata seorang penduduk.

Sementara itu, pakar gunung berapi, Juan Carlos Carrecedo berkata, terdapat gumpalan magma di permukaan laut yang menghasilkan siri pecahan sekali gus menjana aktiviti seismik.

"Kita tidak tahu jika gumpalan magma tersebut akan memecahkan kerak dan mencetuskan letusan lebih besar. Letusan kemungkinan akan berlaku dalam tempoh sehari, seminggu mahupun sebulan," jelasnya memberi amaran yang letusan itu dijangka akan berterusan.

Beberapa letusan besar juga menyebabkan ia dapat dilihat dari jarak paling hampir iaitu 1.5 kilometer dari pesisir pantai di selatan El Hierro.

"Senario terburuk yang kami bimbang jika berlaku adalah letusan di daratan," ujar Ketua Keselamatan Kepulauan Canary, Juan Manuel Santana kepada akhbar harian El Pais.


SEBUAH PULAU BAHARU

Apa yang pasti, pakar geologi turut berpendapat bahawa terdapat kebarangkalian letusan dari dasar laut itu mampu 'melahirkan' sebuah pulau baharu di Kepulauan Canary.

Khabar itu juga menyebabkan beberapa nama untuk 'bayi' Kepulauan Canary itu telah dicadangkan menerusi Internet, antaranya seperti Atlantis, Discovery atau The Beast.

Menguatkan lagi kemungkinan daratan baharu akan muncul menerusi pembentukan magma yang meletus itu apabila Institut Geografi Kebangsaan Sepanyol (IGN) menyatakan letusan tersebut hanya terletak kira-kira 69 meter atau 225 kaki dari permukaan laut.

Apa yang pasti, kemungkinan mengenai munculnya pulau baru itu menyebabkan keghairahan dalam kalangan orang ramai. Walaupun kerajaan telah mengarahkan supaya penduduk berpindah ke tempat yang selamat, keterujaan untuk melihat muncul daratan baharu hasil daripada letusan dan magma yang dimuntahkan menyebabkan ramai warga El Heirro berada di kawasan tinggi berdekatan pantai.

Salah sebuah akhbar tempatan, La Provoncia melaporkan, 'Raksasa akan muncul dari lautan' merujuk kepada daratan yang dikatakan bakal muncul. Bahkan, beberapa akhbar pula berdebat mengenai siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas wilayah baharu itu.

Bagaimanapun, menurut IGN, nama serta pentadbiran baharu kemungkinan tidak diperlukan memandangkan sekiranya kekuatan letusan itu memunculkan daratan di permukaan laut, ia tidak mustahil akan bergabung dengan pesisir pantai Pulau El Hierro memandangkan jaraknya yang tidak jauh sekitar tiga kilometer sahaja.

Menariknya, menyorot kembali tentang asal usul Kepulauan Canary itu sebenarnya hampir kesemua pulau di situ ialah pulau volkanik atau pulau gunung berapi. Pulau tersebut dikatakan muncul sejak jutaan tahun dahulu menerusi letusan gunung berapi selain sewaktu peristiwa zaman Jurassic semasa pembukaan kerak lautan Atlantik.

BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN

Sementara itu, pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd. Ali Hassan pula tidak menolak kemungkinan letusan gunung berapi dasar laut di Pulau Hierro boleh menyebabkan sebuah pulau baharu boleh terbentuk.

"Namun semuanya bergantung kepada kekuatan letusan gunung berapi dan jarak kawasan letusan sama ada berlaku hampir atau jauh dengan permukaan laut.

"Malah amaun letusan yang dikeluarkan pada permukaan baru juga diambil kira. Jika letusannya banyak jadi ia berupaya membentuk sebuah pulau baharu,".







Monday, November 21, 2011

GURUN ATACAMA KUBUR IKAN PAUS:::::::::


SANTIAGO - Sejumlah fosil ikan paus prasejarah ditemui di padang pasir paling kering dunia, Gurun Atacama di utara Chile.

Penemuan itu berlaku secara tidak sengaja semasa pekerja-pekerja sedang meluaskan sebuah lebuh raya melintasi gurun berkenaan pada Jun tahun lalu tetapi projek tersebut telah dihentikan.

Setakat ini, fosil-fosil itu ditemui di sebuah kawasan sepanjang 240 meter atau berkeluasan dua buah padang bola sepak di lebuh raya berkenaan.

Seorang saintis Institusi Smithsonian yang mengkaji penemuan tersebut, Nicholas Pyenson berkata, lokasi berkenaan merupakan sebuah lagun pada masa dahulu.

Menurutnya, ikan-ikan paus itu dipercayai mati antara dua juta hingga tujuh juta tahun lalu.

Lebih 75 ekor fosil ikan paus ditemui setakat ini termasuk 20 rangka yang sempurna.

"Saya berpendapat ikan-ikan paus itu mati pada masa yang sama," kata Pyenson.

Kebanyakan fosil tersebut merupakan ikan paus baleen yang berukuran sekitar lapan meter atau sebesar sebuah bas.






GAMBAR PADA 11 NOVEMBER 2011 MENUNJUKKAN MENTERI ASET NEGARA CHILE, CATALINA PAROT MELIHAT FOSIL IKAN PAUS YANG DIGALI DI GURUN ATACAMA.


(KOSMO 21/11/11)

Friday, November 18, 2011

Thursday, November 17, 2011

~sEkiTaR KaWaSaN rUmAh....~


 pokok daun cute....[xtau nma ap]...

 

spesis palma...

 

paku pakis giant....[xtau nma btol]

 

mcm pokok lidah buaya....tp ni lebar skit...

 

pokok mengkudu putih...utk hiasan..buat ulam pn boleh...

 

ala-ala pokok lily..xpsti...

 

pokok ni akn keluarkan bunga yg sgt besar & tahan lama[brbulan2]...

 

keladi hiasan dlm pasu.....

 

pokok tanduk rusa melekat dkt pokok asam....

 

pokok hiasan hijau kuning....

 

mcm pokok lidah buaya...lidah jin kot....

 

pokok cempaka cina akn keluarkan bunga wrna pink....

 

pokok canna....nma BM xtau....

Wednesday, November 9, 2011

~~Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia....~~




[i used to buy few 'kerepek' at PLUS HIGHWAY-GURUN R&R arah utara.... & i got this plastic bag..i think this is a good action in order to help our farmers, fishermen,etc....to improve their life......]

~HaMsTeR oH HaMsTeR...~